awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua panel Gaza sifatkan kehilangan nyawa "menyayat hati", gesa patuhi gencatan senjata
Kumpulan pecah cermin kereta dan curi tumpas, lima ditahan
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga kota saksikan fenomena 'Blood Moon' di Planetarium Negara

Khalis Khadir
Khalis Khadir
07/09/2025
16:11 MYT
Warga kota saksikan fenomena 'Blood Moon' di Planetarium Negara
Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melihat fenomena ini di pekarangan Planetarium Negara bermula jam 11.28 malam Ahad dengan fasa penumbra sebelum mencapai puncak sekitar jam 2 pagi dan dijangka berakhir pada 4.55 pagi. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Warga kota tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh atau digelar sebagai 'Blood Moon' di Planetarium Negara.
Fenomena itu menjadi tumpuan apabila permukaan bulan bertukar kemerahan, hasil cahaya matahari yang dibelokkan atmosfera bumi.
Menurut Pengarah Planetarium Negara, Mohd Zamri Shah Mastor, perubahan warna itu berlaku kerana bumi menghalang cahaya matahari daripada sampai terus ke bulan, namun sebahagian cahaya masih berjaya melepasi atmosfera.
“Atmosfera bumi bertindak seperti prisma besar yang menyerakkan cahaya matahari. Dalam proses itu, cahaya merah yang paling banyak diserakkan lalu sampai ke permukaan bulan, menjadikannya kelihatan kemerahan. Inilah sebabnya ia digelar Blood Moon,” katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.
Mohd Zamri Shah Mastor. Foto: Planetarium Negara
Mohd Zamri Shah Mastor. Foto: Planetarium Negara
Fenomena gerhana kali ini bermula jam 11.28 malam Ahad dengan fasa penumbra sebelum mencapai puncak sekitar jam 2 pagi dan dijangka berakhir pada 4.55 pagi.
Selain menyaksikan fenomena ini, pengunjung Planetarium Negara turut diberi peluang melihat sendiri keunikan planet Zuhal yang terkenal dengan sistem gelangnya.
“Planet Zuhal muncul mengikuti pergerakan bulan pada malam ini. Beberapa teleskop khas telah disediakan supaya pengunjung boleh melihat planet bergelang itu dengan mata sendiri. Ini pengalaman yang tidak boleh dilepaskan,” ujarnya.
Bagi memastikan orang ramai tidak pulang hampa sekiranya keadaan langit berawan atau hujan, Planetarium Negara turut menyediakan simulasi khas gerhana bulan penuh di dalam panggungnya.
“Selain bulan, pengunjung boleh menikmati persembahan interaktif mengenai buruj dan bintang yang menghiasi langit malam. Ini juga sebahagian usaha Planetarium Negara untuk mendekatkan masyarakat dengan dunia astronomi,” tambah beliau.
Mohd Zamri menegaskan, acara pencerapan awam seperti ini bukan sekadar tontonan fenomena alam, tetapi medium pendidikan bagi memupuk minat generasi muda terhadap bidang sains angkasa.
“Apabila pelajar dan keluarga datang menyaksikan fenomena langit secara langsung, ia menimbulkan rasa kagum dan ingin tahu. Dari situlah minat terhadap astronomi dan sains boleh dipupuk,” katanya.
BACA: Fenomena gerhana bulan penuh atau 'Blood Moon' dijangka berlaku malam ini
Topic Berkaitan
#Gerhana bulan penuh
#Blood Moon
#Planetarium Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan