KOTA BHARU: Seorang lelaki warga Myanmar maut digilis kren dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kuala Krai di sini pada jam 8.50 pagi Rabu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, kejadian berlaku ketika mangsa, Mohamad Rofik Abdul Sabor, 28, yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari arah sebuah masjid ke stesen minyak di Kadok.
Menurut beliau, sebaik tiba di lokasi, mangsa memotong kren yang sedang bergerak perlahan melalui bahu kiri jalan.
"Mangsa kemudian terjatuh di sisi kanan jalan yang rosak dan licin sebelum digilis kren terbabit," katanya melalui kenyataan pada Rabu.
Mohd Rosdi memberitahu, mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.
Tambahnya, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk bedah siasat sementara pemandu kren tidak mengalami kecederaan.
Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) APJ 1987. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 11 2023

Mangsa maut manakala motosikalnya remuk selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuala Krai pada Rabu. - Foto ihsan PDRM

PM perlu terus terang isu sempadanan maritim dengan Indonesia - Muhyiddin
Muhyiddin berkata, tindakan kerajaan yang disifatkan 'semberono' itu dilihat dibuat tanpa mengambil kira impak secara menyeluruh.

Takiyuddin sahkan Eizlan Yusof sertai Pas
Menurutnya, ada beberapa lagi tokoh lain, namun nama mereka akan diumumkan pada waktu yang sesuai.

'Tak sangka sepakan basikal hasilkan gol'
Jaringan peribadi ke-15 Forestieri musim ini kembali menjelmakan semula rentak penyandang juara sembilan kali berturut-turut itu.

ARC: Hong Kong terlalu kuat buat skuad Bunga Raya
Skuad Bunga Raya ternyata bukan tandingan lawan yang merupakan pasukan kedua terbaik Asia dan ke-24 dalam ranking dunia.

Industri perbankan akan berkembang di bawah Abdul Rasheed - ABM
Khairussaleh berkata industri perbankan akan mendapat manfaat daripada pengalaman Abdul Rasheed.

Habuan cecah RM1 juta menanti atlet para negara
Subramaniam percaya barisan atlet para akan menerima habuan masing-masing selepas berjuang mengharumkan nama Malaysia.

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik tamatkan cabaran di separuh akhir
Aaron-Wooi Yik tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-16, 15-21, 17-21, sekali gus memburukkan lagi rekod mereka.

DSV mahu kembalikan zaman kegemilangan Kelantan FC
Jika berjaya ambil alih, ini kali kedua DSV terlibat dengan Kelantan FC, selepas pada 2016, dengan nilai tajaan melebihi RM16 juta.

UCL 2023: Manchester City muncul juara, tundukkan Inter Milan
Inter Milan hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir apabila sepakan Romelu Lukaku diselamatkan oleh Ederson.

PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.

Warga Myanmar maut digilis kren
Kejadian berlaku ketika mangsa, Mohamad Rofik Abdul Sabor, 28, yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari arah sebuah masjid ke stesen minyak di Kadok.