awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belian saat akhir lonjak petunjuk pasaran Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi
Pemergian Khaleda Zia: Bangladesh isytihar berkabung tiga hari
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS, mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Myanmar maut dipukul rakan senegara

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
07/05/2015
04:17 MYT
Warga Myanmar maut dipukul rakan senegara
Mangsa dikenali Hakim, 30an yang cedera parah di muka disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Wakaf Bharu kira-kira jam 7.45 malam. - Gambar Fail
Seorang lelaki warga Myanmar maut dipercayai dipukul rakan senegara menggunakan tukul selepas terlibat dalam pergaduhan di rumah sewa mereka di Jalan Puteri Sadong, Wakaf Bharu, di sini malam tadi.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa dikenali Hakim, 30an yang cedera parah di muka disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Wakaf Bharu kira-kira jam 7.45 malam.
Manakala rakannya dikenali, Hassan 20an berjaya melarikan diri dalam keadaan berlumuran darah selepas terjun dari tingkat atas bilik sewa tersebut.
Saksi yang juga pemilik rumah sewa, Nik Mohd Ali Nik Mustapha, 40, berkata, dua warga Myanmar tersebut menyewa di tingkat atas rumah kedai dua bulan lalu.
Nik Mohd Ali memberitahu, sebaik dia membuka pintu, dia melihat Hakim terbaring dengan berlumuran darah.
Kemudian dia terus bertindak menghubungi polis meminta bantuan dan Hakim dibawa ke Klinik Wakaf Bharu yang hanya beberapa meter sahaja untuk menerima rawatan dan kemudiannya disahkan meninggal dunia.
Hakim bersama rakan sebiliknya itu Hassan bekerja di tapak binaan di Kampung Kebakat.
Topic Berkaitan
#gaduh
#jenayah
#maut
#Myanmar
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan