awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Pakistan mengaku tidak bersalah cubaan rasuah inspektor polis

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
20/03/2016
03:31 MYT
Warga Pakistan mengaku tidak bersalah cubaan rasuah inspektor polis
Safi Ullah yang bekerja sebagai juruteknik syarikat perkapalan telah menawarkan sutu suapan RM200 kepada seorang anggota polis, Inspektor Ahmad Denial Ahmad Fadzil. - Foto Astro AWANI
Seorang warganegara Pakistan hari ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memberi rasuah bernilai RM200 kepada seorang anggota polis berpangkat inspektor di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor.
Tertuduh, Safi Ullah Alinor, 29 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang pada 11 Mac lalu kira-kira jam 4.30 petang.
Mengikut kertas pertuduhan, Safi Ullah yang bekerja sebagai juruteknik syarikat perkapalan telah menawarkan satu suapan RM200 kepada seorang anggota polis, Inspektor Ahmad Denial Ahmad Fadzil.
Ia sebagai dorongan kepadanya supaya tidak melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipalnya, iaitu untuk tidak menangkap kerana disyaki terlibat bersabit dengan satu kes penipuan.
Kes didakwa di bawah Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 24 akta sama.
Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz menetapkan 4 April sebagai tarikh sebutan semula dan membenarkan tertuduh diikat jamin dengan nilai RM10,000 bagi dua penjamin.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya SPRM, Noorfazlin Mohd Hamdan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#inspektor
#Johor Bahru
#Pakistan
#Rasuah
#Safi Ullah Alinor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan