Sementara kebanyakan rakyat Malaysia disajikan dengan pelbagai program berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkuatkuasa April 2015, segolongan masyarakat masih lagi terpinga-pinga untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan cukai kepenggunaan itu.
Hampir keseluruhan rantaian bekalan daripada pengeluar, pengedar, peruncit dan pengguna akhir sudah diberi penjelasan tentang bagaimana GST akan dikenakan serta faedah yang bakal diperoleh menerusi pelbagai taklimat, program dan penerangan diadakan di seluruh negara.
Namun, sebahagian masyarakat khususnya golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) mendakwa mereka masih tidak mengetahui dan memahami apakah sebenarnya GST.
Dalam tempoh kurang enam bulan lagi sebelum GST dikuatkuasakan, sejauh manakah pendedahan diberikan kepada golongan pekak dan bisu? Adakah mereka memahami intipati GST?
Presiden Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA) Sariah Ibrahim berkata ramai di kalangan golongan pekak dan bisu yang masih tidak mengetahui tentang GST dan keliru dengan cukai berkenaan.
"Saya dah banyak bertanya dan semua memaklumkan kepada saya yang mereka tidak tahu cara untuk dapatkan maklumat dan apa itu GST. Saya sendiri pun keliru bagaimana nak dapatkan maklumat sebenar," katanya dalam temubual Bernama baru-baru ini.
Setakat ini, tiada taklimat khas yang diadakan untuk golongan pekak dan bisu, kata Sariah menjawab dalam bahasa isyarat yang diterjemahkan oleh Azlina Mohamed Isa, seorang kaunselor berdaftar untuk orang pekak dan bisu.
Mengulas lanjut, Sariah berkata berlaku salah faham di kalangan mereka tentang faedah yang boleh diperoleh melalui GST dan ini secara tidak langsung akan mengganggu pendapatan isu rumah golongan OKU.
"Mana kami nak dapatkan maklumat? Radio kami tak dapat dengar... bila baca suratkhabar, bahasa (ungkapan atau istilah percukaian yang difahami) pula sangat terhad dalam pembacaan," katanya.
Kata Sariah memang ada banyak taklimat atau forum mengenai GST tetapi ia tidak bersesuaian dengan kehendak golongan pekak dan bisu berikutan dengan bahasa yang digunakan.
"Kami tidak dapat memahami bahasa orang 'normal'. Bahasa itu perlulah ringkas dan mudah difahami... dalam erti kata sebenar, kami lebih selesa dengan bahasa mudah yang digunakan kepada kanak-kanak," katanya.
Sementara itu, Azlina berkata perkataan-perkataan yang digunakan kepada golongan ini sepatutnya diringkaskan sebolehnya kerana mereka tidak dapat memahami penggunaan piawaian bahasa yang tinggi.
"Contohnya, perkataan "transformasi" dan "natijah" kalau kita selitkan dalam komunikasi bersama golongan ini, mereka tidak faham apa itu transformasi... perkataan itu sangat tinggi buat mereka. Mereka hanya faham kalau kita ringkaskan kepada perubahan.
"Ini kerana bahasa mereka sangat terhad. Jadi, sekiranya ada dua perkataan yang berlainan tetapi membawa maksud yang sama, saya akan jelaskan daripada segi isyarat yang sama," katanya yang memulakan kerjaya sebagai guru bahasa isyarat sejak tahun 1988.
Menyifatkan kesukaran menterjemahkan ke bahasa isyarat sebagai satu cabaran yang dihadapinya ketika berkomunikasi dengan golongan ini, Azlina, melahirkan kebimbangan tentang kemungkinan timbul salah faham mengenai GST di kalangan mereka.
Situasi ini menyebabkan pihak pembangkang mengambil kesempatan untuk mengelirukan dan meracuni lagi golongan ini dalam memberi fakta-fakta yang tidak benar sehingga membawa tanggapan yang salah terhadap kerajaan dan GST.
"Ada di kalangan mereka (pembangkang) tampil ke hadapan untuk memberi maklumat negatif dan salah kepada kami, lantas menjadikan kami sebagai golongan minoriti yang mudah tertipu," jelasnya.
Sariah berkata maklumat tidak tepat yang diberikan oleh pihak pembangkang itu menyebabkan mereka (golongan pekak dan bisu) mudah mengikuti telunjuk berita tidak benar.
Pada mulanya, Sariah dan rakan-rakan tidak ambil peduli mengenai GST kerana tiada pendedahan khas diberikan tetapi selepas menghadiri sesi memperkasa diri anjuran Umno Bahagian Seputeh, mereka sedar betapa GST akan memberi kesan dalam kehidupan seharian.
Sariah berpendapat penjelasan secara isyarat sangat diperlukan bagi menjelaskan GST secara terperinci dalam bentuk yang paling mudah serta penggunaan bahasa yang sangat ringkas.
"Kami perlukan penjelasan yang khusus dengan jurubahasa isyarat yang dapat menyampaikan informasi tersebut dengan tepat," katanya.
Menjadi suara golongan orang pekak dan bisu, beliau berharap kerajaan dan pertubuhan bukan bukan kerajaan dapat memberi penerangan bagi menghapuskan segala kekeliruan yang timbul dan menepis maklumat salah yang disebarkan pihak tertentu. - S Kisho Kumari
Bernama
Wed Oct 15 2014
Sejauh manakah pendedahan diberikan kepada golongan pekak dan bisu?
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Pendedahan awal kepada bahasa isyarat pupuk empati dalam kanak-kanak - Fatimah
Ini adalah penting untuk memupuk empati, rasa hormat dan keterangkuman dalam kalangan kanak-kanak.
'Abang Bomba' nekad belajar bahasa isyarat selepas selamatkan OKU dalam kebakaran
Kesukaran berkomunikasi dengan mangsa kebakaran yang pekak beberapa tahun lalu menjadi inspirasi kepada seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak untuk belajar bahasa isyarat.
Galak penggunaan bahasa isyarat di agensi kerajaan - Nancy Shukri
Nancy juga menggalakkan kementerian dan agensi lain untuk memulakan inisiatif yang sama, selain turut mengalu-alukan penyertaan dan kerjasama badan bukan kerajaan serta swasta.
Bahasa isyarat akan diperkenalkan di Tabika Perpaduan tahun depan
Pengajaran bahasa isyarat itu merupakan penambahan pengajaran bahasa ketiga di Tabika Perpaduan, selain bahasa Mandarin, Tamil, Kadazan dan Iban.
Individu mahir interaksi dengan OKU digalak sertai MyVac
KBS pertimbang beri elaun kepada sukarelawan MyVac yang mempunyai tanggungjawab khas membantu warga OKU.
Siaran langsung sidang Dewan Rakyat kini ada jurubahasa isyarat
OKU pendengaran kini berpeluang mengikuti persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara apabila buat pertama kalinya siaran langsung persidangan itu menggunakan khidmat jurubahasa isyarat.
Cadang bahasa isyarat dijadikan bahasa ketiga
Mempelajari bahasa isyarat bermula dari peringkat sekolah dilihat penting bagi membentuk komuniti inklusif antara OKU dan individu normal.
Pelajari bahasa isyarat, mudah komunikasi dengan OKU pendengaran
Ia sekali gus dapat mengatasi isu kekurangan jurubahasa untuk bahasa isyarat dan selain melihatnya sebagai peluang pekerjaan.
Masyarakat disaran belajar, kuasai bahasa isyarat
Langkah itu juga dapat mengelakkan golongan OKU pendengaran tersisih dan dipinggirkan daripada kegiatan kemasyarakatan.
USIM hasilkan aplikasi al-Quran Isyarat untuk OKU pendengaran
Aplikasi yang menyokong peranti android ini juga, mampu menjadi model aplikasi mesra OKU pendengaran di peringkat antarabangsa.