awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Perancis bergelang merah jambu di LTAB Langkawi negatif COVID-19 - Polis

Bernama
Bernama
20/08/2020
16:09 MYT
Warga Perancis bergelang merah jambu di LTAB Langkawi negatif COVID-19 - Polis
Polis berkata pihaknya menerima maklumat mengenai lelaki berkenaan yang tiba di LTAB Langkawi dari KLIA kira-kira pukul 3.30 petang. - BERNAMA
Saringan pertama ke atas seorang lelaki warga Perancis yang dikesan memakai gelang berwarna merah jambu di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Langkawi, petang tadi, negatif COVID-19.
Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata lelaki berusia 64 tahun itu telah menjalani saringan COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari Doha, Qatar pagi tadi.
Terdahulu, beliau berkata pihaknya menerima maklumat mengenai lelaki berkenaan yang tiba di LTAB Langkawi dari KLIA kira-kira pukul 3.30 petang.
"Hasil siasatan mendapati lelaki yang bekerja dari rumah di Langkawi itu telah menaiki pesawat Qatar Airways dari Paris ke Doha, Qatar seterusnya menaiki pesawat yang sama ke KLIA semalam (19 Ogos).
"Lelaki itu tiba pada pukul 8.25 pagi tadi dan telah disaring oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di KLIA dan keputusan saringan adalah negatif COVID-19," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Iqbal berkata susulan keputusan negatif, lelaki terbabit telah dibenarkan menjalani kuarantin di rumahnya di Langkawi.
"Pihak KKM KLIA juga telah mengarahkan lelaki itu untuk bertemu dengan pihak Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kedah pada 1 Sept depan sebelum dijadual menjalani ujian calitan kali kedua sehari kemudian (2 Sept).
Mohd Iqbal berkata polis dan petugas Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi akan membuat pemantauan ke atas lelaki itu di kediamannya dari semasa ke semasa untuk memastikan perintah kuarantin dipatuhi.
"Saya nasihatkan agar masyarakat jangan panik dan sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KKM sepanjang berada di Langkawi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Doha
#gelang tangan
#KLIA
#Lapangan Terbang Antarabangsa
#Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
#LTAB Langkawi
#merah jambu
#negatif COVID-19
#Qatar
#warga Perancis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan