HULU LANGAT: Jangan 'naik kepala'!
Itu amaran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin kepada etnik Rohingya termasuk mereka yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap tindakan pengemis kanak-kanak dari etnik berkenaan yang bersikap kasar seperti yang tular baru-baru ini.
Tegasnya, semua orang tidak kira warganegara atau sebaliknya, perlu mematuhi undang-undang ditetapkan ketika mereka berada di Malaysia, tiada yang terkecuali.
BACA: Pengemis etnik Rohingya: Polis siasat, kumpul maklumat siapa dalang - Timbalan KPN
“Saya sudah hampir dua tahun berjuang untuk memastikan mereka yang mempunyai kad UNHCR (dan) faham akan kedudukan mereka. Mereka bukan rakyat, mereka hanya duduk di sini sebagai pelarian.
“Kena faham bahawa Malaysia bukan negara yang akan menjadi ‘cemeteries’ kepada pelarian kerana kita hanya membantu. Jadi atas sifat perikemanusiaan itu kita cuba membantu sebaik mungkin tapi jangan sampai naik kepala.
“Bila 'naik kepala', saya nak maklumkan bahawa saya adalah Menteri Dalam Negeri yang tidak suka sesiapa sahaja 'naik kepala' kepada undang-undang yang ada. Kita akan lakukan sesuatu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Program Mekar Prihatin Pasca Banjir anjuran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Taman Sri Nanding, di sini pada Jumaat.
Tambah beliau, Malaysia bersimpati dengan nasib menimpa etnik tersebut, namun, mereka tidak boleh menimbulkan masalah sehingga mendatangkan kegusaran kepada orang ramai.
“Sesiapa sahaja kalau nak duduk dalam negara ini, dia kena ikut undang-undang. Kalau mereka tidak mengikut undang-undang, boleh diambil tindakan, itu pasti.
“Betul, kita simpati kepada golongan berkenaan tetapi mereka tidak boleh sehingga menimbulkan masalah contohnya aktiviti meminta sedekah di lampu isyarat sehingga memaki hamun, perkara itu tak sepatutnya berlaku dalam negara ini.
“Jadi kita cuba untuk mengajar semua pihak yang mahu duduk di sini supaya faham ini adalah sebuah negara yang mempunyai undang-undang yang harus diikuti oleh semua,” ujarnya.
Baru-baru ini, tular video memaparkan kanak-kanak etnik Rohingya meminta sedekah daripada pemandu kenderaan di jalan raya sekitar ibu negara.
Lebih membimbangkan, mereka dikatakan bukan hanya meminta sedekah malah mengeluarkan perkataan tidak sesuai selain mengetuk kenderaan orang awam ketika meminta sedekah.
Ridauddin Daud
Fri Jan 07 2022

Hamzah menegaskan, semua orang tidak kira warganegara atau sebaliknya, perlu mematuhi undang-undang ditetapkan ketika mereka berada di Malaysia, tiada yang terkecuali. - Foto BERNAMA

Zoo Negara terima jumlah pengunjung memberangsangkan
Setelah melalui saat getir ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Zoo Negara kini kembali 'bernafas' setelah menerima jumlah kedatangan pengunjung yang memberangsangkan.

Singapura rampas komponen, rokok elektronik bernilai lebih S$130,000
Cubaan menyeludup 8,520 keping pod isian semula rokok elektronik ke Singapura melalui lori pengangkut konkrit pratuang.

Rotan anak: Bekas suami Ziana Zain didenda, hukuman penjara diketepikan
Hakim menggantikan hukuman penjara itu dengan denda dan memerintahkan bekas pramugara itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Aktivis wanita menangis teresak-esak mengaku salah buat hantaran jelik
Seorang aktivis wanita menangis teresak-esak ketika mengaku bersalah atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya berhubung isu agama Kristian dalam lama profil FBnya.

Keputusan kes Peter Anthony palsukan dokumen diketahui esok
Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi dijangka membacakan keputusan di akhir kes pembelaan pada 9 pagi.

Jurulatih wushu ditahan disyaki cabul dua pelajar bawah umur
Polis menahan seorang jurulatih wushu kerana dipercayai melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan, Isnin lepas.

Harga RON97 naik 37 sen kepada RM4.70, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 naik 37 sen seliter iaitu daripada RM4.33 kepada RM4.70 seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 12 Mei 2022 hingga 18 Mei 2022.

Haji | TH beri butiran penerbangan kepada bakal jemaah haji minggu depan
Jemaah haji akan menerima butiran penerbangan dan lapor diri di stesen berlepas daripada Lembaga Tabung Haji (TH) secara berperingkat mulai minggu depan.

Pemilihan PKR: Undi semula di 13 cabang Jumaat dan Sabtu ini
PKR menetapkan proses pengundian semula melibatkan 13 cabang di lima negeri akan dilaksanakan pada Jumaat dan Sabtu ini.

Cabul Atlet | Polis terima empat laporan berkaitan jurulatih wushu
Polis menerima empat laporan kes cabul kanak-kanak membabitkan seorang jurulatih wushu yang ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual ke atas atlet kendaliannya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Habibi Majinji berkata, polis menerima dua laporan masing-masing di Kuala Lumpur dan Selangor.

RUU Pendanaan Politik: Kaji dulu mekanisme terbaik, jangan ada 'flip-flop' - Hamzah
Kajian itu perlu bagi memastikan RUU tersebut boleh diguna pakai untuk tempoh yang lama.

Ganja untuk perubatan: Tunggu, turunkan jumlah penagih dulu - Hamzah
Hamzah berkata, kemudian baru boleh difikirkan kaedah terbaik untuk membenarkan penggunaan dadah tertentu sebagai tujuan perubatan.

Bersatu belum putuskan senarai calon PRU15 - Hamzah
Belum ada persetujuan daripada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu mengenai calon yang akan bertanding pada PRU15.

Semua parti politik perlu terbuka untuk duduk bersama bincang kepentingan rakyat - Hamzah
Semua parti politik perlu bersikap terbuka untuk duduk berbincang bersama-sama bagi menentukan masa depan rakyat, kata Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Kerajaan rancang keluarkan sendiri kad perakuan pelarian
Malaysia yang sepatutnya menentukan sama ada pelarian itu boleh tinggal di negara ini.

Stok MyKid habis! Ini tidak boleh diterima sama sekali - Tiong King Sing
Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing menggesa agar Ibu Pejabat JPN serta JPN Cawangan Kuching mengambil serius masalah ketiadaan stok MyKid dan sistem lapuk di JPN Cawangan Bintulu.

Ancaman lebih serius boleh diatasi menerusi kerjasama serantau Asia - Hishammuddin
Penganjuran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2022 dijangka dapat membuka lebih ruang kerjasama diantara negara serantau dan global.

Subseksyen 4(5) SOSMA 2012 perlu dilanjutkan lagi lima tahun - Hamzah
Kali terakhir tambahan lima tahun bagi subseksyen tersebut disemak dan diluluskan oleh Parlimen ialah pada 4 April, 2017, berakhir 31 Julai ini.

Isu pemilikan saham: Polis masih siasat Azam Baki - Hamzah
PDRM masih meneruskan siasatan berhubung isu pemilikan saham di atas nama Tan Sri Azam Baki, berkait Dang Wangi report 396/2022 bertarikh 06 Januari 2022, dengan membuka Kertas Enkuiri Polis (KEP).

17 tahun Maritim Malaysia terus gagah membelah lautan, mengawal perairan negara
Hampir dua dekad beroperasi, Maritim Malaysia merekodkan hasil rampasan, lelongan, kompaun dan denda berjumlah RM2.7 billion.