awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Syria sambut Syawal di ibu negara

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
07/07/2016
03:17 MYT
Warga Syria sambut Syawal di ibu negara
Restoran itu dibina sejak April lalu untuk manfaat warganya termasuk pelarian Syria yang dibawa masuk ke negara ini. - Astro AWANI
Kira-kira 200 warga Syria diraikan dalam majlis Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Restoran Syrian House, di Kampung Baru di ibu negara.
Sambutan sederhana namun meriah itu mengeratkan hubungan antara satu sama lain di samping memperkenalkan budaya Syria kepada rakyat Malaysia.
Pemilik Syrian House, Kazeem Al-Kalwa, berkata restoran itu dibina sejak April lalu untuk manfaat warganya termasuk pelarian Syria yang dibawa masuk ke negara ini.
Bagi mengubat kerinduan warga Syria yang rindukan kampung halaman mereka, Kazeem mengambil inisiatif menghias restorannya sama seperti di Damsyik.
"Saya membawa restoran ini ke Kuala Lumpur untuk rakyat Malaysia mengenai Syria dengan lebih dekat kerana bandar ini adalah bandar tertua.
"Saya menghias restoran ini 70 peratus sama seperti keadaan pada sebuah bangunan di Damsyik," katanya semasa ditemui Astro AWANI pada Majli Hari Raya Aidilfitri Bersama Warga Syria di Restoran Syrian House di sini malam tadi.
Kazeem turut menghiasi dinding di restorannya dengan gambar-gambar tempat dan bangunan bersejarah sebelum berlakunya perang saudara di Allepo.
Dalam pada itu, bagi seorang lagi warga Syria, Karim Al-ali, suasana hari raya di Malaysia disambut meriah walaupun berjauhan dari keluarga.
"Saya menyambut Hari Raya dengan dua perasaan iaitu sedih dan gembira. Seperti yang kita tahu keadaan di Syria tidak baik. Namun pada masa sama, Allah nak kita tahu bahawa ini adalah hari yang perlu kita sambut. Kita telah sambut bulan puasa, jadi marilah kita bergembira," katanya.
Bagi Karim, beliau mendoakan keselamatan warga Syria dan berharap pergolakan di negara itu berakhir demi kesejahteraan keluarga dan saudara mara masing-masing.
"Walaupun sudah dua tahun saya berada di Malaysia, namun saya tetap rindukan kampung halaman saya di Syria.
"Apa yang boleh saya katakan, saya hanya mendoakan keselamatan kerluarga dan saudara-mara saya di sana," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Hari Raya di Malaysia
#pelarian Syria di Malaysia
#Restoran Syrian House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan