Warga Thailand yang hilang di Hutan Bukit Munduk ditemui trauma

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Elias Abu Bakar berkata mangsa dikenali sebagai Yaya Cheh Omar, 24, dijumpai di kawasan paya, 200 meter dari rumah kongsinya. - Foto Astro AWANI
Pemuda warga Thailand yang dilaporkan hilang sejak empat hari lalu ditemui di Hutan Bukit Munduk, di sini pada tengahari Ahad dalam keadaan lemah, keliru dan trauma.
Mangsa yang cuba melarikan diri ketika terserempak dengan pasukan keselamatan terpaksa dipujuk abangnya dengan menggunakan pembesar suara.
Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Elias Abu Bakar berkata mangsa dikenali sebagai Yaya Cheh Omar, 24, dijumpai di kawasan paya, 200 meter dari rumah kongsinya.
Menurut Elias, gerakan mencari dan menyelamat disertai lebih 100 anggota keselamatan serta penduduk kampung membabitkan kawasan pencarian empat kilometer radius meliputi ladang dan paya.
"Kalau ikut maklumat yang kami terima, punca mangsa lari sebelum laporan kehilangan dibuat oleh saudara mangsa ni kerana dia mengalami histeria," kata Elias.
Mangsa yang bekerja sebagai penjaga kebun mengalami beberapa kesan kecederaan ringan pada bahagian kaki dan tangan.
Siasatan awal mendapati mangsa mempuyai dokumen perjalanan yang sah dan di tempatkan di Hospital Setiu untuk rawatan lanjut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

