awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 32 Dis 2026
PM Anwar bidas pengkritik peranan Malaysia selesaikan konflik Thailand-Kemboja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warisan akan melebarkan sayap ke Semenanjung Malaysia pada Disember

Petrus Bernard
Petrus Bernard
25/11/2021
04:29 MYT
Warisan akan melebarkan sayap ke Semenanjung Malaysia pada Disember
Shafie ketika merasmikan Mesyuarat Agung Parti Warisan Bahagian Semporna di Hotel Seafest Semporna pada Khamis. - Gambar fail/Astro AWANI
SEMPORNA: Parti Warisan yang diwujudkan di Sabah akan melebarkan sayapnya ke Semenanjung Malaysia pada Disember depan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, sudah tiba masanya parti ini diperluaskan hingga ke Semenanjung Malaysia bagi meneruskan perjuangan pemimpin terdahulu.
"InsyaAllah kita akan menjadi sebuah landasan pilihan kepada rakyat di negara ini dan apa yang dicita-citakan oleh pejuang terdahulu Alamrhum Tunku Abdul Rahman, Tun Mustapha, iaitu kita membina sebuah negara yang tidak berlandaskan hanya kepada kaum dan agama.
"Itu sebenarnya telah pun telah dilaungkan oleh mereka jauh lebih awal tapi malangnya kita terbabas seakan akan sudah menjurus ke arah satu jalan yang kita katakan seumpama di Amerika Syarikat iaitu 'White Supremacy," katanya.
Sehubungan itu Parti Warisan yang sebelum ini dikenali sebagai Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak perlu dijenamakan semula kerana dalam perlembagaan dan pendaftaran di Jabatan Pertubuhan Malaysia (RoS) parti ini hanya di daftarkan sebagai Parti Warisan dan tidak merujuk kepada negeri Sabah sahaja.
"Parti Warisan sahaja, itu dalam perlembagaan jadi maknanya perubahan yang ada mungkin kita kekalkan Parti Warisan itu untuk membolehkan bahawa tidak ada nama Sabah, tidak ada yang dilabelkan seakan akan kenegerian.
"Memang ada di peringkat awal cuma dia alias Parti Warisan. Memang ada dalam perlembagaan jadi perubahan itu tidak perlu dilakukan," katanya lagi.
Tambahnya, keputusan melebarkan sayap ke Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan permohonan daripada rakanrakan pemimpin yang melihat semangat perjuangan parti tersebut dalam membela hak rakyat.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Parti Warisan Bahagian Semporna di Hotel Seafest Semporna pada Khamis.
Beliau turut menambah, kepimpinan dalam parti Warisan memberi tumpuan kepada pemimpin muda dan kini Parti Warisan diterajui 80 peratus pemimpin muda.
Topic Berkaitan
#Warisan
#Semenanjung Malaysia
#Mohd Shafie Apdal
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan