awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wartawan dibunuh Israel dikenang, suasana suram selubungi Dataran Merdeka

Asyraf Malik
Asyraf Malik
16/08/2025
14:31 MYT
Wartawan dibunuh Israel dikenang, suasana suram selubungi Dataran Merdeka
Upacara memperingati pengamal media Palestin mati syahid di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada Sabtu. - Foto Astro AWANI.
KUALA LUMPUR: Suasana suram menyelubungi Dataran Merdeka pada Sabtu malam apabila kira-kira 100 orang hadir pada upacara memperingati pengamal media Palestin yang terkorban di bumi bergolak itu.
Antara menjadi tumpuan adalah pemergian wartawan Al-Jazeera, Anas al-Sharif yang terkorban dalam serangan udara Israel menyasarkan khemah media di Hospital Al Shifa pada 10 Ogos lalu.
Upacara bermula dengan penyalaan lilin dan bacaan doa sebagai simbolik penghormatan kepada wartawan yang gugur termasuk Mohamed Noufal, Fatima Hassouneh dan Moamen Aliwa.
Sekitar jam 8 malam, orang ramai dilihat tiba dengan pakaian serba hitam sebagai tanda berkabung, serta membawa sepanduk dengan mesej menuntut keadilan dan perhatian masyarakat antarabangsa susulan kerakusan rejim Zionis.
Sesi bertafakur turut diadakan bagi merenung penderitaan dan ketidakadilan terhadap mangsa yang kehidupan mereka punah akibat kekejaman Israel yang mahu menutup jenayah perang daripada terus dibongkar.
Solat jenazah ghaib kemudian dilaksanakan di tepi jalan Dataran Merdeka sebagai tanda kasih dan doa bersama buat para syuhada.
Wasiat terakhir Anas al-Sharif turut dibacakan, menyeru umat Islam agar tidak melupakan Gaza dan terus mendoakan mereka.
Menjelang penghujung program pada jam 9 malam, ruang dibuka untuk orang awam meluahkan isi hati berkaitan nasib Gaza dan penduduk bumi Anbiya yang terus diratah Israel saban hari.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa GEGAR selaku penganjur program, Kamal Aarif Kamarudin menegaskan usaha Israel membisukan kebebasan media harus dikutuk sekeras-kerasnya.
“Walaupun mereka (Israel) membunuh wartawan, kita di seluruh dunia akan terus bersuara mewakili rakyat Gaza,” ujar Kamal ketika ditemui Astro AWANI.
Acara serupa turut diadakan serentak di beberapa negara Asia Tenggara lain seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#rejim Zionis
#Anas al-Sharif
#pengamal media Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami