Seorang wartawan yang pernah memenangi anugerah berprestij, pada Khamis melahirkan kekecewaan kerana tidak diberikan pengiktirafan sewajarnya kerana membongkar isu kem tahanan pemerdagangan manusia dan penemuan kubur besar di Wang Kelian, Perlis.
S. Arulldas, bekas wartawan Malay Mail, berkata laporan berita baru-baru ini mengenai isu berkenaan langsung tidak memberi kredit terhadap usaha beliau dan jurugambar akhbar tersebut, Sayuti Zainudin, yang pertama melawat dan melaporkan tentang isu di Wang Kelian itu pada 9 Mac, 2015.
"Kami mengambil risiko mempertaruhkan nyawa dan menanggung banyak kepayahan untuk membongkar kem tahanan pemerdagangan manusia dan kubur besar ini, yang mana 400 anggota keselamatan dan agensi berkaitan menemukan 139 mayat di kubur tersebut.
"Saya tidak faham mengapa mereka (laporan berita itu) tidak memberi pengiktirafan sewajarnya atau kredit kepada Malay Mail atau saya atau jurugambar yang menanggung risiko, kepayahan serta mengancam nyawa kami dalam mendedahkan tindakan tidak berperikemanusiaan itu," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.
Arulldas mengulas laporan berita baru-baru ini, selepas kerajaan mengumumkan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), sambil menyatakan bahawa "Pada Mei 2015, polis mengumumkan penemuan kem tahanan pemerdagangan manusia dan kubur besar di Wang Kelian."
Beliau turut berkongsi bahawa mereka pada mulanya ke Perlis pada Disember 2014 untuk membuat tinjauan mengenai isu pendatang asing tanpa izin, namun semasa berehat di sebuah kedai kopi di Jitra, mereka terdengar cakap-cakap dalam kalangan penduduk di situ terdapat beberapa kem pemerdagangan manusia besar di Wang Kelian.
"Saya segera mengatur perancangan bersama jurugambar untuk meredah dan mendaki hutan berbukit untuk mengetahui (lebih lanjut) mengenai kubur besar tersebut, tetapi kami gagal dalam beberapa cubaan itu selepas hampir sesat," katanya.
Beliau, bagaimanapun berkata mereka tidak berputus asa, dan pada 13 Mei, dengan bantuan dua lelaki dari Thailand, mereka berjaya sampai ke lokasi tersebut melalui pusat pemeriksaan di Padang Besar.
"Dalam tempoh tersebut, kami menghasilkan lebih 100 laporan khas membongkar tindakan tidak berperikemanusiaan itu oleh sindiket pemerdagangan manusia dan ketidakadilan terhadap pendatang yang mencari tempat selamat," katanya.
Beliau berkata akhbar Malay Mail pada masa itu menghasilkan beberapa berita, menyatakan mereka menemui dan mendedahkan kawasan berkenaan, dan tiada pihak mempertikaikan perkara tersebut.
Namun, beliau berkata sebuah lagi akhbar berbahasa Inggeris tempatan mendakwa mereka yang mendedahkan tentang isu tersebut.
Pada 2015, Arulldas dan Sayuti memenangi dua anugerah, daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan Institut Akhbar Malaysia-Petronas kerana membongkar kem tahanan pemerdagangan manusia dan penemuan kubur besar di Wang Kelian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 31 2019
Penemuan kubur besar di tengah hutan di Wang Kelian membongkar kekejaman sindiket pemerdagangan manusia. - Gambar fail
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
Kawasan penemuan kem, kubur di Wang Kelian pada 2015 sentiasa dipantau - Polis
Pihak Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasukan 69 Komando melakukan rondaan berjalan kaki berterusan secara berkala di kawasan itu untuk memastikan tiada lagi aktiviti kemasukan pendatang tanpa izin.
Hospital di Gaza jadi 'kubur besar'
Seramai 179 pesakit yang meninggal dunia terpaksa dikebumikan di dalam 'kubur besar' di kompleks Hospital al-Shifa, Gaza.
Sekurang-kurangnya 13 kubur besar dijumpai di Sudan - PBB
Sekurang-kurangnya 13 kubur besar ditemui berhampiran bandar El Geneina di Sudan.
Sepanyol gali jasad mangsa perang saudara, pemerintahan diktator
Jasad mangsa dari Perang Saudara Sepanyol dan pemerintahan diktator Francisco Franco sedang digali dari kubur besar di Sepanyol, kata kerajaan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kes kubur besar di Wang Kelian: 3 rakyat Thailand dikehendaki polis Malaysia ditahan
Tiga rakyat Thailand yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia berhubung kes pemerdagangan orang dan penemuan kubur di Wang Kelian, Perlis pada 2015 telah ditahan baru-baru ini.
Isu berkaitan sempadan negara semakin parah, perlu ditangani dengan tuntas
Kelemahan pengurusan sempadan yang berlaku sekian lamanya telah menjadi isu yang akhirnya bukan sahaja menyebabkan kehilangan pendapatan kepada negara, malah juga mengakibatkan kehilangan nyawa.
Angka kematian meningkat, pihak berkuasa Brazil gali kubur besar
Angka kematian menunjukkan peningkatan hampir 100 kematian sehari berbanding 30 pengebumian sebelum ini.
COVID-19: Kubur besar digali tampung anggaran 24 mayat sehari
Menurut pihak berkuasa, kawasan ini sahaja menerima peningkatan lima kali ganda operasi pengebumian berbanding tempoh biasa.
RCI Wang Kelian: Hanya gulungan kawat besi halangan memasuki Malaysia dari Thailand - Saksi
Saksi sesi Pendengaran Awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian Perlis menjelaskan hanya kawat besi menjadi penghalangnya.