awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waspada beli barang dalam talian, elak ditipu - Saifuddin

Bernama
Bernama
06/08/2019
21:27 MYT
Waspada beli barang dalam talian, elak ditipu - Saifuddin
Bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan, pembeli atas talian digalakkan menyemak profil syarikat yang menjual barang itu terlebih dahulu menerusi web rasmi KPDNHEP. - Gambar hiasan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada ketika membeli barangan secara dalam talian berikutan meningkatnya kes penipuan seumpama itu.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia juga susulan daripada peningkatan jumlah pendaftaran syarikat e-dagang di negara ini.
"Dalam tempoh Jan hingga Jun lepas, kementerian menerima 11,393 kes membabitkan pelbagai aduan daripada rakyat.
"...dan daripada jumlah itu, 25.7 peratus merupakan aduan berkaitan penipuan traksaksi secara dalam talian yang mana ia merupakan aduan kedua tertinggi selepas aduan berkaitan harga barang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan program keusahawanan pelajar di Kolej Vokasional Sungai Buloh di sini, pada Selasa.
Turut hadir Setiausaha KPDNHEP merangkap Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Muez Abd Aziz.
Saifuddin Nasution berkata selain laman web, rata-rata pembeli juga cenderung untuk membeli barangan tertentu menerusi laman sosial seperti Facebook yang ia dilihat lebih memudahkan mereka.
"Sebab itu kita menasihatkan pembeli supaya lebih berhati-hati sekiranya mahu membuat transaksi secara dalam talian bukan sahaja kepada syarikat tetapi juga menerusi individu yang menjual barangan dengan cara itu.
"Bagi mengelakkan menjadi mangsa (penipuan), pembeli digalakkan menyemak profil syarikat yang menjual barang itu terlebih dahulu menerusi web rasmi KPDNHEP. Mana-mana penjual yang berdaftar dan mendapat pensijilan Biztrust adalah yang boleh diyakini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#atas talian
#dalam talian
#Facebook
#jualan online
#konsumer
#laman sosial
#mangsa
#pengguna
#penipuan
#Saifuddin Nasution Ismail
#sindiket
#syarikat e-dagang
#transaksi dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan