awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waspada dengan mesej penipuan melalui e-mel - MCMC

Bernama
Bernama
04/06/2022
04:01 MYT
Waspada dengan mesej penipuan melalui e-mel - MCMC
Komunikasi yang diterima luar daripada kebiasaan perlu disemak dan ditentukan kesahihannya selain tidak dikongsi dengan mana-mana pihak.- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan orang ramai supaya waspada dengan e-mel menggunakan profil (nama dan gambar) pemimpin negara, ketua organisasi atau syarikat, yang memberi arahan di luar kebiasaan.
MCMC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sebarang komunikasi yang diterima luar daripada kebiasaan perlu disemak dan ditentukan kesahihannya selain tidak dikongsi dengan mana-mana pihak.
"Ini bertujuan untuk mengelakkan dari menjadi mangsa kepada aktiviti yang berniat jahat dan berunsur penipuan. Penyebaran kandungan palsu boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998," menurut kenyataan itu.
Peringatan tersebut dikeluarkan susulan daripada aduan yang diterima dari orang ramai berkaitan e-mel yang tidak ditentusahkan telah ditangkap layar dan disebarkan melalui aplikasi mesej dalam talian.
Menurut kenyataan itu, orang ramai diingatkan untuk membuat semakan dengan pihak yang terlibat (pihak yang profil atau identitinya digunakan) dan melaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), sekiranya kandungan e-mel tersebut tidak benar bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil.
"Sekiranya ada menerima e-mel yang mencurigakan, sertakan 'email header' bagi e-mel tersebut semasa mengemukakan laporan kepada pihak polis," menurut kenyataan itu.
Orang ramai juga boleh membantu mengurangkan penyebaran e-mel seperti itu dengan melaporkan penyalahgunaan e-mel kepada penyedia perkhidmatan e-mel di https://support.google.com/mail/answer/8253 bagi gmail dan https://my.help.yahoo.com/kb/SLN26401.html bagi Yahoo! Mail.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#e-mel
#profil pemimpin
#penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan