awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waspada, elak sindiket penipuan - Aminuddin

Bernama
Bernama
19/06/2025
20:30 MYT
Waspada, elak sindiket penipuan - Aminuddin
Aminuddin ketika berucap pada Majlis Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2024 pada Khamis. - Gambar Bernama
SEREMBAN: Rakyat Negeri Sembilan khususnya penjawat awam dan pesara dinasihatkan agar lebih berwaspada dan menggunakan kebijaksanaan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, hal itu susulan laporan peningkatan kes jenayah komersil di negeri ini yang merekodkan jumlah kerugian RM47.74 juta dalam tempoh Januari hingga Mei 2025 berbanding RM33.84 juta bagi tempoh sama tahun lepas.
Beliau berkata, kes seperti itu bukan sahaja melibatkan warga emas atau pesara sahaja tetapi golongan muda juga terdedah dengan scammer atau penipu.
"Scammer kini semakin licik, mereka menyasarkan semua peringkat umur tanpa mengira tua atau muda termasuk anak saya sendiri pernah menjadi mangsa penipuan berkaitan keahlian dan pelatih di sebuah gimnasium dengan tawaran palsu.
"Nasib baik anak saya sempat sedar, cuma rugi RM200 sahaja daripada RM2,000 yang ditawarkan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2024 di Palm Mall Hotel Seremban, di sini, pada Khamis.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi berkaitan dalam membanteras kegiatan penipuan secara menyeluruh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#warga emas
#sindiket
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan