awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waspada sindiket jual gelang RM600 untuk elak kemurkaan alam - JAKOA

Astro Awani
Astro Awani
07/07/2014
05:16 MYT
Waspada sindiket jual gelang RM600 untuk elak kemurkaan alam - JAKOA
Waspada sindiket jual gelang RM600 untuk elak kemurkaan alam - Gambar Fail
Masyarakat Orang Asli di Kelantan diminta berhati-hati dengan kumpulan yang menjual rantai dan gelang yang dikatakan dapat menjauhkan diri pemakai dari kemurkaan alam.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Datuk Mohd Sani Mistam berkata, modus operandi kumpulan itu adalah memaksa Orang Asli membeli barangan yang mempunyai motif alam pada harga tidak munasabah.
"Kita kesan kumpulan ini yang menjual rantai dan gelang dengan motif alam bagi tujuan memperdayakan masyarakat itu.
"Harga sebenar barang yang dijual hanya RM2 tetapi mereka sanggup menipu sehingga mencecah harga RM600 dengan cara menakut-nakutkan kononnya jika tidak memakainya, mereka akan mendapat kemurkaan alam," katanya.
Jelas Mohd Sani, pihaknya memandang serius aktiviti kumpulan berkenaan yang dilihat cuba memperdaya masyarakat Orang Asli yang baharu memeluk Islam dengan penjualan barangan perhiasan yang mempunyai unsur tahyul dan khurafat.
"Mereka masih dalam proses belajar agama Islam dan iman yang masih lemah mungkin menyebabkan mereka mudah termakan dengan penipuan seumpama itu," ujarnya.
Mengikut statistik, bilangan Orang Asli yang memeluk Islam sekitar 20 peratus daripada kira-kira 180,000 Orang Asli di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#JAKOA
#Kelantan
#Orang Asli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan