awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waytha telah diberi peluang, tapi mensia-siakannya - A Kadir Jasin

Astro Awani
Astro Awani
21/12/2018
11:44 MYT
Waytha telah diberi peluang, tapi mensia-siakannya - A Kadir Jasin
KADIR: Waytha telah diberi peluang dan penghormatan amat tinggi menjadi anggota Kabinet tetapi mensia-siakannya.
Penasihat Media dan Komunikasi di Pejabat Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin bersetuju dengan sentimen umum bahawa P. Waytha Moorthy telah hilang kelayakan dan kedudukan untuk terus menjadi menteri.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam blognya, sentimen umum tersebut diakuinya, lebih-lebih lagi apabila Waytha merupakan menteri yang menjaga perpaduan nasional.
"Beliau telah menjadi watak yang memecahbelahkan (divisive).
"Eloklah beliau menarik diri secara sukarela daripada membebankan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, walaupun Tun berkata beliau 'puas hati' dengan Waytha.
"Minta maaflah kalau saya kata, Waytha telah diberi peluang dan penghormatan amat tinggi menjadi anggota Kabinet tetapi mensia-siakannya," ujarnya.
Kenyataan itu mempunyai kaitan dengan insiden kematian anggota bomba dan penyelamat, Muhammad Adib Mohd Kassim, akibat diserang ketika rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman Seafield 26 November lalu.
Topic Berkaitan
#A Kadir Jasin
#perpaduan nasional
#Waytha Moorthy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan