awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WBB: Cuepacs sokong langkah tubuh jawatankuasa khas kaji waktu kerja

Bernama
Bernama
30/01/2025
15:46 MYT
WBB: Cuepacs sokong langkah tubuh jawatankuasa khas kaji waktu kerja
Adnan berkata cadangan WBB bukan berasal daripada PPTD seperti yang disalahertikan sesetengah pihak, sebaliknya ia adalah cadangan MAAC. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyokong langkah Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji penjadualan waktu kerja dan pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan.
Presiden berkenaan Datuk Dr Adnan Mat berharap jawatankuasa itu akan mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan termasuk wakil kesatuan sekerja dan pekerja yang terlibat secara langsung dalam perkhidmatan kesihatan.
"Sebarang perubahan dalam sistem waktu bekerja mestilah dilaksanakan secara holistik dengan mengambil kira keseimbangan antara keperluan perkhidmatan, kebajikan pekerja dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
"Keputusan Jemaah Menteri untuk meneliti semula cadangan Waktu Bekerja Berlainan (WBB) adalah langkah tepat bagi memastikan sebarang perubahan yang dibuat adalah berlandaskan kajian menyeluruh dan mengambil kira kepentingan dan kebajikan semua pihak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebelum ini menyatakan Jemaah Menteri memutuskan untuk membatalkan projek rintis WBB bagi memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.
Dalam pada itu, Adnan berkata cadangan WBB bukan berasal daripada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) seperti yang disalahertikan sesetengah pihak, sebaliknya ia adalah cadangan Medical Advisory and Action Committee (MAAC).
"Oleh itu, tidak wajar mana-mana pihak menyalahkan kumpulan pegawai ini tanpa asas yang kukuh. PTD sentiasa memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan melaksanakan dasar dengan profesional dan berintegriti demi kepentingan negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkhidmatan awam
#KKM
#projek rintis
#cuepacs
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan