KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan dakwaan bahawa beliau menerima panggilan berbaur ugutan pada 13 Mac lalu berhubung isu bekalan telur import.
Tegas Ka Siong, beliau memiliki rekod berhubung panggilan berdurasi tujuh minit untuk diserahkan kepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan.
Sehubungan itu, Ka Siong menggesa ahli perniagaan Deepak Jaikishan yang menafikan membuat panggilan sedemikian sekiranya merasakan ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyamar dan menggunakan namanya.
Menurut Presiden MCA itu, hanya melalui laporan polis, Deepak boleh membersihkan namanya, sekali gus membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti individu yang membuat panggilan berkenaan.
“Sekiranya Deepak Jaikishan merasakan ada orang yang menyamar beliau, atas nama Deepak membuat panggilan kepada saya pada 13 Mac 2023 jam 9.51 pagi, saya menyeru agar Deepak Jaikishan membuat laporan polis bagi membersihkan namanya.
“Saya bersedia bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan akan mendedahkan segala bukti yang ada, biarlah PDRM menyiasat perkara ini termasuk mendapatkan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta syarikat telco (telekomunikasi) untuk mencari identiti Deepak dengan nombor telefon bimbit 019-9999 989,” jelas Ka Siong lagi.
Dalam sidang media itu, Ka Siong turut mendedahkan, beliau sebetulnya menerima dua panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai Deepak.
“Pada jam 9.51 pagi saya terima panggilan selama 33 saat sebelum terputus, kemudian disusuli pada jam 9.52 pagi dengan perbualan selama tujuh minit.
“Saya ada lakukan screen shot (tangkap layar) telefon bimbit saya dengan sela masa panggilan berjalan, dua panggilan saya terima,” ujar beliau.
Semalam, di Dewan Rakyat, Ka Siong, mendakwa beliau menerima ugutan berhubung kenyataannya membabitkan isu bekalan telur import.
Beliau memberitahu, menerima panggilan pada pukul 9.51 pagi Selasa, daripada individu memperkenalkan diri sebagai 'Deepak' dan mewakili syarikat J&E Advance Tech.
Katanya, lelaki itu turut mendakwa sudah berbincang dengan Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah.
Deepak dalam reaksi balasnya menafikan mengeluarkan ugutan terhadap Ka Siong, berhubung isu bekalan telur import.
Kepada portal BH Online, Deepak memaklumkan tidak pernah berhubung dengan bekas Menteri Pengangkutan itu berkait apa-apa perkara pun.
"Saya tidak pernah call 'hubungi' dia, nombor telefon dia (Ka Siong) pun saya tiada.
"Macam mana pula ada berhubung dengan dia, ini tidak benar," kata Deepak seperti dilaporkan.
Astro Awani
Thu Mar 16 2023

Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan dakwaan bahawa beliau menerima panggilan berbaur ugutan pada 13 Mac lalu berhubung isu bekalan telur import.

Nahas kereta api; Punca, siapa bertanggungjawab dikenal pasti
Tanpa memberikan butiran lanjut, Ashwini Vaishnaw memberi bayangan insiden terbabit mempunyai kaitan dengan sistem isyarat elektronik.

Benzema ambil keputusan bakal tinggalkan Real Madrid
Nama Benzema dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Arab Saudi, Al-Ittihad.

PN muktamad pembahagian kerusi PRN enam negeri petang ini
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perbincangan mengenai pembahagian kerusi itu dijangka selesai kira-kira jam 5 petang.

F1: Max Verstappen juarai GP Sepanyol
Verstappen mendahului kesemua 66 pusingan di Litar Catalunya Barcelona untuk mencatat kemenangan kelimanya.

Pelakon veteran Bollywood Sulochana Latkar meninggal dunia
Aktres yang pernah membintangi lebih 250 filem itu menghembus nafas terakhir pada usia 94 tahun.

MoU janjikan masa depan lebih baik untuk artis Malaysia, Indonesia
Karyawan dan FESMI tandatangani MoU untuk bersama-sama menggalakkan pertumbuhan industri muzik di kedua-dua negara.

Liga Super: Paulo Josue julang KL City di Kuantan
KL City FC kembali ke landasan kemenangan selepas mengatasi Sri Pahang FC, 2-1, di Stadium Darul Makmur.

APG 2023: Atlet renang, olahraga sumbang lapan emas
Kontinjen Malaysia ke APG 2023 tidak mengecewakan apabila meraih lapan emas, enam perak dan tiga gangsa di bumi Kemboja pada Ahad.

Zaquan Adha belum rancang bersara susulan ACL kelima
Bekas penyerang Harimau Malaya tersebut mengalami nasib buruk itu ketika bertemu Kuching City dalam perlawanan suku akhir Piala FA.

Petugas media CNA maut dalam kemalangan di Lebuhraya Karak
Motosikal yang ditunggangi mangsa hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

'Pertempuran PRU15 sudah berakhir, mari kita bina negara' - Ka Siong
Ahli politik disaran agar terus berlapang dada serta fokus terhadap proses membina Malaysia ke arah yang lebih dinamik dan inklusif.

Dakwaan MCA cuba guling kerajaan mengarut, tidak berasas - Wee Ka Siong
Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, dakwaan itu adalah tidak benar dan pihaknya tidak terlibat dengan gerakan tersebut.

Harga tiket penerbangan: Anthony Loke minta Ka Siong fahami kenyataan terdahulu
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meminta Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memahami kenyataan yang dikeluarkan oleh pihaknya supaya tidak lagi keliru berkaitan isu harga tiket.

7 perkara penting dalam sidang media Menteri Pengangkutan berhubung harga tiket kapal terbang
Berikut adalah senarai senarai tujuh fakta menarik mengenai kenyataan Anthony Loke mengenai aplikasi tiket penerbangan yang digunakan oleh Ka Siong.

Tiket kapal terbang: Macam nak beli KFC tapi pergi McDonald's - Loke sindir Ka Siong
Anthony Loke hairan bagaimana Datuk Seri Wee Ka Siong hanya memeriksa harga tiket kapal terbang menggunakan satu aplikasi yang sama meskipun menggunakan tiga telefon bimbit.

Aidilfitri: Dakwaan Wee Ka Siong harga tiket penerbangan terlalu mahal tidak tepat - Loke
Dakwaan harga tiket mencecah RM3,138 bagi kelas ekonomi penerbangan Kuala Lumpur ke Tawau pada 20 April ini adalah tidak tepat, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Tiket KL-Tawau sempena Aidilfitri terlalu mahal - Ka Siong
Menurutnya, tiket penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Tawau untuk kelas ekonomi menjelang Aidilfitri ini menjangkau RM3,138.

Rundingan kerusi PRN 'ujian' semangat kerjasama Kerajaan Perpaduan - Wee
Setakat ini partinya masih belum menerima apa-apa isyarat atau makluman mengenai rundingan.

PRN: Rundingan pembahagian kerusi kali ini lebih kompleks - Ka Siong
Kerajaan Perpaduan dijangka memuktamadkan pembahagian kerusi untuk enam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada pertengahan bulan hadapan.

Wee Ka Siong buat laporan polis berhubung isu import telur
Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan telah membuat laporan polis berhubung isu kontroversi membabitkan import telur dari India.