awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WhatsApp Web akan sokong fungsi Chat Lock

Amanz
Amanz
03/02/2024
03:37 MYT
WhatsApp Web akan sokong fungsi Chat Lock
Ia diumumkan pada Mei tahun lalu dan hanya disediakan melalui aplikasi di telefon pintar setakat ini. -Amanz
CHAT Lock merupakan fungsi yang membenarkan pengguna mengunci ruangan sembang tertentu menggunakan kata laluan sekali gus menghalangnya diakses oleh orang lain.
Ia diumumkan pada Mei tahun lalu dan hanya disediakan melalui aplikasi di telefon pintar setakat ini.
Bagaimanapun menurut perkongsian baharu, ciri tersebut berpotensi ditawarkan pada versi web pula, yang sepatutnya tersedia dalam kemas kini akan datang.
Tangkap layar dikongsi menunjukkan antara muka WhatsApp Web baharu dengan ciri Chat Lock.
Ia diletakkan dalam satu tab baharu pada panel sisi kiri, bersama sejumlah fungsi lain yang termasuk kemas kini status/komuniti, sembang diarkibkan, ruangan tetapan dan lain-lain.
Pengguna turut disajikan dengan fungsi tetapan di bahagian bawah, yang secara keseluruhannya menampakkan antara muka baharu lebih kemas dan mesra pengguna.
Buat masa ini ia masih di peringkat pembangunan, dan boleh diberi penambahbaikan sebelum diumumkan dalam versi penuh. -Amanz
Topic Berkaitan
#WhatsApp
#Chat Lock
#kunci ruangan sembang
#versi web
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan