Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengulangi kenyataan supaya dunia Islam menolak campur tangan asing kerana secara jelas tindakan itu akan menghancurkan sesebuah negara.
Beliau berkata, akibat campur tangan asing dalam negara Islam, ia membawa kepada wujudnya negara yang gagal sehingga melumpuhkan ekonomi, golongan pengganas yang menimbulkan tindakan keganasan melampau sejak kebelakangan ini sehingga mengancam negara Islam dan negara bukan Islam.
Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas ucapan khasnya pada pembukaan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-12 di sini semalam.
"Kita juga tidak mahu rakyat kita mengundang campur tangan asing kerana kita berhak menentukan hala tuju dan masa depan kita sendiri," katanya kepada pemberita setelah mengakhiri lawatan kerjanya selama tiga hari di sini.
Najib mengetuai delegasi kerajaan Malaysia bagi menghadiri Perundingan Tahunan Malaysia-Indonesia dan juga WIEF ke-12 di sini.
Perdana Menteri berkata, ucapannya disambut baik oleh negara-negara anggota WIEF dan ia seharusnya menjadi pendirian semua pihak.
Dalam ucapan khas itu, Najib berkata, dunia Islam mesti jelas menolak campur tangan, yang biasanya berasaskan maklumat yang tidak lengkap, salah dan berpihak.
"Kita mesti menolak mereka yang bermotifkan politik, menggesa kuasa asing ini untuk campur tangan dalam negara mereka sendiri. Kita sebagai ummah, akan bertanggungjawab ke atas diri sendiri, dan berdoa untuk diberi panduan dalam usaha itu," katanya.
Secara perbandingan, beliau berkata kebanyakan negara Islam seperti Malaysia dan Indonesia, yang tidak terlibat dengan campur tangan asing, merupakan oasis yang aman dan stabil.
Beliau berkata tanpa kestabilan politik, ekonomi sesebuah negara tidak akan makmur dan berlaku huru-hara dalam dunia Islam sejak kebelakangan ini, khususnya seperti penaklukan Iraq yang mencetuskan rantaian kemusnahan.
Baru-baru ini, beberapa pihak termasuk para pemimpin parti pembangkang membantah tindakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat yang mengeluarkan kenyataan untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyita hartanah bernilai lebih daripada US$1 bilion (RM4 bilion) berkaitan 1MDB.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa semua pihak tidak mendedahkan ruang kepada kuasa asing untuk masuk campur urusan negara.
Katanya apa yang penting kes mesti disiasat dengan adil dan telus secara dalaman dan jangan sampai membiarkan orang asing campur tangan masalah dalaman negara.
Sementara itu, Najib menyifatkan Perundingan Tahunan Malaysia-Indonesia yang berlangsung Isnin lepas, adalah sangat mesra dan memperkukuhkan lagi hubungan kedua-dua buah negara.
Katanya, antara perkara yang menjadi keutamaan dalam Perundingan itu ialah Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk mencari penyelesaian isu perairan Laut Sulawesi Selatan secara tuntas bagi mencapai satu keputusan yang komprehensif dan boleh diterima kedua-dua negara.
Perdana Menteri berkata, Malaysia dan Indonesia bersepakat tidak mahu membawa tuntutan wilayah laut itu ke peringkat timbang tara antarabangsa dan akan menyelesaikan isu itu menerusi rundingan.
Katanya, walaupun isu itu adalah sesuatu yang sukar kerana ia melibatkan kedaulatan negara tetapi Malaysia dan Indonesia yakin ia boleh diselesaikan secara rundingan dan kedua-dua buah negara bersetuju untuk memberi arahan baharu kepada utusan khas masing-masing bagi mencari satu penyelesaian secara tuntas.
Rundingan antara Malaysia dan Indonesia berlangsung sejak lebih 10 tahun bagi menyelesaikan kawasan sempadan dan hak milik di perairan selatan Sulawesi atau dikenali sebagai Ambalat di Indonesia namun setakat ini masih belum mencapai keputusan muktamad mengenainya.
Najib berkata, isu mengenai jerebu juga turut dibincangkan dan setakat ini keadaan jerebu yang berpunca akibat kebakaran hutan di Indonesia telah terkawal.
Katanya, Malaysia, Indonesia dan Singapura telah bersetuju membentuk satu rangka kerja bagi mengatasi masalah jerebu yang merentasi sempadan hampir setiap tahun.
Bernama
Wed Aug 03 2016
PM: "Kita (negara-negara Islam) mesti menolak mereka yang bermotifkan politik, menggesa kuasa asing ini untuk campur tangan dalam negara mereka sendiri.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Syed Hamid terajui WIEF, ganti Musa Hitam
Syed Hamid merupakan bekas Menteri Luar dan pernah menjadi Menteri Undang-undang dan Ahli Parlimen sejak 1990 hingga 2013.
WIEF: Malaysia sasar capai sifar lapar menjelang 2030
Perbelanjaan sebanyak AS$33 bilion setahun itu akan mampu mengeluarkan 500 juta orang di seluruh dunia daripada masalah kelaparan.
Malaysia dan Qatar komited perkukuh hubungan dua hala - Azmin
Mohamed Azmin berkata beliau telah mengadakan pertemuan yang sangat bermakna dengan Perdana Menteri Qatar Sheikh Khalid.
WIEF13: 'Jangan takut perubahan disruptif, terimanya' - Awang Tengah
Syarikat-syarikat tempatan dan masyarakat secara umumnya tidak sepatutnya takut dengan perubahan disruptif.
WIEF: Sistem pendidikan masa depan perlu sesuai dengan minat generasi muda
Ini penting untuk memastikan mereka mampu pergi jauh dalam dunia yang semakin berbeza disebabkan impak teknologi baharu.
WIEF: PM Najib mahu generasi muda dilengkapi kemahiran aras tinggi
Sistem pendidikan sedia ada perlu dirombak untuk memastikan generasi muda mampu mendepani cabaran di alam pekerjaan bukan sahaja pada masa kini tetapi juga masa hadapan.
Kuching anjur Forum Ekonomi Islam Dunia Ke-13
Forum yang bertemakan 'Perubahan Inovatif: Impak dan Cabaran', akan mencerminkan transformasi yang dialami dunia berikutan idea dan teknologi yang inovatif.
WIEF: "Jangan ada rakyat kita mengundang campur tangan asing" - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi kenyataan supaya dunia Islam menolak campur tangan asing kerana secara jelas tindakan itu akan menghancurkan sesebuah negara.
WIEF: Usaha sama dalam pendidikan penting untuk pertumbuhan - Najib
Usaha sama secara inovatif patut bermula dengan pendidikan yang merupakan aspek paling penting untuk pertumbuhan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Forum Ekonomi Islam Dunia
Pendekatan kesederhanaan Najib terhadap pelampau dipuji
Perdana Menteri United Kingdom David Cameron memuji Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengilhamkan gerakan kesederhanaan terhadap ekstremisme.