ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Julai 2026.
PRN Johor: Anwar hormati mandat rakyat, semua calon PH diseru terus berkhidmat
Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dan mandat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor berakhir, mari rapatkan saf - Onn Hafiz
Datuk Seri Onn Hafiz Ghazi menyeru agar mengetepikan perbezaan politik susulan berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sekali gus bersama-sama memberi tumpuan kepada usaha membina masa depan Johor.
Empat penunggang motosikal maut dalam nahas di LPT
Empat penunggang motosikal maut manakala beberapa lagi cedera dalam kemalangan melibatkan 13 kenderaan di KM 246.4 Lebuhraya Pantai Timur, semalam.
Taburan hujan melebihi Ribut Senyar punca banjir di Melaka
Taburan hujan yang tinggi di Melaka Tengah dan Alor Gajah, yang melebihi taburan hujan ketika Ribut Tropika Senyar pada akhir tahun lepas, menjadi antara punca banjir di kedua-dua daerah berkenaan hari ini.
Lebih 5,000 permohonan pindah kuota BUDI Diesel kepada keluarga terdekat diluluskan
Kerajaan telah meluluskan lebih 5,000 permohonan pemindahan kuota subsidi di bawah program BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) kepada ahli keluarga terdekat bagi memudahkan penggunaan subsidi oleh individu yang benar-benar menggunakan kenderaan berkenaan.
Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil disahkan menyertai Pas selepas mengisi borang keahlian dan mendaftar sebagai ahli parti seumur hidup parti itu.
Malaysia Airlines umum pembatalan tambahan penerbangan akibat Taufan Bavi
Malaysia Airlines pada Sabtu mengumumkan pembatalan tambahan penerbangan bagi laluan Kuala Lumpur-Shanghai pada 11 hingga 12 Julai 2026 berikutan cuaca buruk akibat Taufan Bavi.
PRN Johor: 90 laporan polis diterima, tidak libat calon atau parti bertanding - KPN
Sebanyak 90 laporan polis diterima di seluruh negeri sepanjang tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
PRN Johor: Onn dakwa ada undi hantu di SMK Senggarang
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Onn Abu Bakar mendakwa wujud isu 'undi hantu' di sebuah pusat mengundi dalam kawasan berkenaan.
Ikuti keputusan terkini PRN Johor di portal khas Astro AWANI
Orang ramai boleh mengikuti perkembangan keputusan terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menerusi portal khas Astro AWANI di https://pru.astroawani.com/.