awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wilayah Bebas Berniaga: DBKL terima 1,797 permohonan Lesen Sementara KL Prihatin

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
25/11/2020
09:34 MYT
Wilayah Bebas Berniaga: DBKL terima 1,797 permohonan Lesen Sementara KL Prihatin
Program ini dijangka memberi manfaat kepada 3,000 keluarga di Wilayah Persekutuan. - Gambar KWP
KUALA LUMPUR:Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima sebanyak 1,797 permohonan Lesen Sementara KL Prihatin menerusi program inisiatif Wilayah Bebas Berniaga (WBB).
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 728 permohonan telah diluluskan serta-merta manakala 402 pemohon telah lulus bersyarat dan baki permohonan lain sedang dalam proses.
"DBKL telah melancarkan Lesen Sementara KL Prihatin yang membenarkan aktiviti perniagaan penjaja di mana sahaja di Kuala Lumpur untuk tempoh enam bulan bermula 15 November hingga 15 April 2021.
"Lesen ini adalah suatu penambahbaikan kepada Lesen Permit Penjaja Waktu Terhad PKPP yang telah dikeluarkan sebelum ini.
"Program ini dijangka memberi manfaat kepada 3,000 keluarga di Wilayah Persekutuan," katanya ketika sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Rakyat pada Rabu.
Dalam pada itu, Annuar berkata, bagi memastikan inisiatif itu dilaksanakan dengan baik dan teratur, DBKL, Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Perbadanan Labuan (PL) telah mengeluarkan garis panduan mengenai tatacara mudah yang perlu dipatuhi oleh pemohon.
"Garis Panduan ini juga diselaraskan dengan peraturan dan undang-undang kecil DBKL, PPj dan PL yang sedia ada.
"Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 seperti penjarakan sosial juga hendaklah dipatuhi," katanya.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#DBKL
#COVID-19
#PKPP
#Tan Sri Annuar Musa
#Lesen Sementara KL Prihatin
#wilayah bebas berniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan