Kementerian Luar akan membawa pulang beberapa pelajar Malaysia di United Kingdom (UK) yang berhasrat pulang ke negara ini dalam masa terdekat, tetapi berhadapan dengan masalah penerbangan.
Wisma Putra, dalam kenyataan hari ini, berkata pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan tiket penerbangan dengan Qatar Airways yang masih menawarkan penerbangan ke Kuala Lumpur dari London dan transit di Doha, selepas British Airways membatalkan semua penerbangan mereka ke Kuala Lumpur sepanjang bulan Jun.
"Malaysia Airlines dijangka hanya akan menyambung operasi mereka di London sekitar awal Julai 2020. Terdapat beberapa pelajar yang terkesan dengan perkara ini dan telah mengemukakan aduan bertulis kepada Malawakil London," menurut kenyataan itu.
Menurut Wisma Putra, Malawakil London memaklumkan bahawa dakwaan terdapat 1,500 pelajar di UK yang berhasrat untuk pulang ke Malaysia dalam masa dua bulan akan datang adalah tidak benar.
"Hanya 200 pelajar telah menyatakan hasrat untuk pulang pada bulan ini manakala 631 pelajar ingin pulang bulan depan. Majoriti mereka merupakan pelajar tahun ketiga dan tahun akhir serta pelajar lepasan ijazah.
"Tarikh peperiksaan akhir adalah antara pertengahan Mei dan pertengahan Jun ini (bergantung kepada institusi pengajian masing-masing)," katanya.
Katanya, kerajaan UK hari ini mengumumkan pelanjutan visa sehingga 31 Mei ini bagi mereka yang tamat visa sejak 24 Jan lepas dan tidak dapat meninggalkan negara tersebut berikutan penularan wabak COVID-19.
"Keputusan sama ada tarikh tersebut akan dilanjutkan lagi selepas 31 Mei ini hanya akan dapat diketahui menjelang tarikh tersebut," katanya.
Wisma Putra berkata pelajar yang menduduki peperiksaan kebanyakannya masih mempunyai visa yang sah.
"Sehubungan itu, tempoh akhir pelanjutan visa sehingga 31 Mei ini yang diumumkan oleh kerajaan UK sepatutnya tidak melibatkan para pelajar tersebut. Malah pelajar yang belajar di UK lebih daripada 12 bulan akan dibenarkan untuk terus tinggal di sana sehingga empat bulan selepas tarikh akhir kursus pengajian," jelas kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 21 2020
Hanya 200 pelajar telah menyatakan hasrat untuk pulang pada bulan ini manakala 631 pelajar ingin pulang bulan depan. - Gambar hiasan
Malaysia gesa masyarakat antarabangsa terus menekan Israel
Wisma Putra menjelaskan keganasan Israel terhadap Palestin di Gaza yang menyebabkan kini dilanda kebuluran, malnutrisi dan penyakit.
10 Berita Pilihan - (29 Mac 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kementerian bercadang anjur jelajah tingkat kesedaran kanak-kanak guna media sosial - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau telah berhubung dengan pejabat Menteri Pendidikan bagi menyatakan hasrat itu.
Sistem PADU selamat - Fahmi
Antara pihak yang terlibat dalam menguruskan keselamatan siber negara termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia.
Tumpuan Sabtu - 30 Mac 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.
Seluruh Perlis, 30 kawasan lain catat suhu panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Louis Gossett Jr meninggal dunia pada usia 87 tahun
Louis Gossett Jr., lelaki kulit hitam pertama memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.
Jepun akan mansuh bantuan awam untuk rawatan COVID-19
Kerajaan Jepun memutuskan untuk menamatkan subsidi untuk ubat-ubatan COVID-19 dan kemasukan ke hospital bulan depan, menurut media tempatan.
KUSKOP mudahkan urusan pinjaman usahawan, bantu hadapi kenaikan harga barang
KUSKOP melalui pebagai agensinya, mengambil pendekatan memudah cara urusan pinjaman perniagaan kepada usahawan mikro yang terkesan dengan kenaikan kos dan harga barang.
Ismail Sabri pilih 'tindakan Malaysia dalam perangi COVID-19' sebagai tajuk tesis PhD
Ketika COVID-19 diisytihar sebagai pandemik global pada Mac 2020, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan Menteri Kanan Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap kluster keselamatan.