awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wisma Putra ucap tahniah atas kejayaan Erdogan

Bernama
Bernama
30/05/2023
02:30 MYT
Wisma Putra ucap tahniah atas kejayaan Erdogan
Kementerian Luar mengucapkan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan yang dilantik semula sebagai Presiden Turki untuk penggal lima tahun akan datang. - Gambar fail AP
PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengucapkan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan yang dilantik semula sebagai Presiden Turki untuk penggal lima tahun akan datang.
Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, dalam ucapan tahniah kepada Erdogan berkata, pengetahuan luas dan kehebatan kepimpinan beliau akan membuka jalan kepada rakyat Turki untuk mengukuhkan lagi perpaduan sebagai sebuah negara yang berkuasa dan dihormati.
"Kementerian Luar Negeri Malaysia berharap dapat meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi selepas hubungan dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Julai 2022," katanya dalam satu kenyataan.
Erdogan dipilih semula sebagai presiden Turki pada pilihan raya penentu yang diadakan pada Ahad, dengan menewaskan Kemal Kilicdaroglu.
Beliau memperoleh 52.14 peratus, manakala pencabarnya mendapat 47.86 peratus undian. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Recep Tayyip Erdogan
#Erdogan menang pilihan raya Turki
#Wisma Putra ucap tahniah
#Zambry Abdul Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan