awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

World Quran Hour 2024 pada 4 April, angkat surah al-Jumu'ah

Bernama
Bernama
25/03/2024
13:01 MYT
World Quran Hour 2024 pada 4 April, angkat surah al-Jumu'ah
Qari Ahmad Tarmizi Abdul Rahman (kanan) memperdengarkan bacaan Surah Al-Jumu'ah pada Majlis Taklimat Sinergi Media World #Quranhour 1445H/2024 di Studio My #QuranTime, Kumpulan KarangKraf Sdn Bhd hari ini. - Gambar Bernama
SHAH ALAM: World #QuranHour yang memasuki tahun kesembilan penganjuran tahun ini akan diadakan di Masjid Negara pada 4 April depan dengan mengangkat tema "Ummah #GrandReset: Kesatuan dan Transformasi Sosial".
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Marhaini Yusoff berkata selaku penganjur acara, WUIF memilih Surah al-Jumu'ah sebagai surah pilihan, antara lain bagi memupuk kefahaman dan memangkin perubahan positif serta transformasi masyarakat di peringkat global.
Dalam hal ini, katanya pihak penganjur amat mengharapkan komitmen berterusan agensi dan platform media tempatan menguar-uarkan kempen World #QuranHour menerusi platform masing-masing seiring hasrat menggerakkan gelombang baca, faham dan amal al-Quran dari Malaysia ke seluruh dunia.
"Penyatuan media telah melahirkan impak perkembangan gelombang al-Quran dari Malaysia ke seluruh dunia dengan sejak dimulakan pada 2015, capaian di media sosial telah melonjak kepada 6.62 bilion tahun lepas," katanya semasa Taklimat Sinergi Media sempena World #QuranHour 1445H di sini hari ini.
Dijadual bermula pada 12 hingga 1 tengah hari, program World #QuranHour yang pertama kali diadakan di Masjid Negara sebagai lokasi perdana bakal menampilkan bacaan daripada qari, perkongsian tadabbur dan resolusi daripada Surah al-Jumu'ah yang akan disiarkan secara langsung menerusi Facebook Sinar Harian dan QuranHour.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Al-Quran
#Facebook
#gelombang baca
#WUIF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan