awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertemuan Agong, Presiden UAE perkukuh hubungan dua hala dua negara
Jentera serangan tumpul, pertahanan lemah punca TFC gagal kutip mata di laman sendiri
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wujud peluang untuk mengubah ekonomi ketika krisis - PM

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
05/03/2021
02:47 MYT
Wujud peluang untuk mengubah ekonomi ketika krisis - PM
Menurut Perdana Menteri untuk menamatkan ketidaksamarataan jangka panjang, perhatian perlu diberikan kepada isu asasnya iaitu peluang yang tidak sama rata. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Krisis yang berlarutan akibat COVID-19 mewujudkan peluang jika pendekatan tradisional dikaji dan dilihat semula.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk menamatkan ketidaksamarataan jangka panjang, perhatian perlu diberikan kepada isu asasnya iaitu peluang yang tidak sama rata.
Jelas beliau, fokus tidak seharusnya hanya berat kepada hasil daripada ketidaksamarataan peluang tersebut.
Muhyiddin turut menggariskan tiga langkah untuk keluar daripada perangkap negara berpendapatan sederhana.
"Pertama, Malaysia perlu mentrasformasi untuk jadi pemain eksport global. Negara akan menjadi lebih kaya dengan belajar mengeluarkan produk baharu bernilai tinggi untuk dieksport.
"Kedua, Malaysia perlu meningkatkan kebolehan pembuatan untuk menghasilkan produk yang kompleks dan rumit.
"Ketiga, Malaysia perlukan Syarikat Multinasional (MNC) sendiri hasil ekonomi yang dibawa syarikat ini adalah sangat tinggi," katanya dalam ucaptama Pelancaran Forum Ekonomi Belia 2021.
Forum Ekonomi Belia ini merupakan penganjuran kelima oleh Persatuan Alumni Felo Perdana (PFAA) yang diadakan secara maya selama dua hari bermula Jumaat.
Tambah Perdana Menteri, Malaysia perlu ambil tindakan berani dan jangka panjang untuk mewujudkan syarikat teknologi baharu yang kompetitif.
Ini jelasnya penting kerana pendapatan per kapita Malaysia kini telah pegun sekitar AS$10,000 hampir 10 tahun menandakan negara berada dalam perangkap pendapatan menengah.
Kerajaan ujarnya akan merekalibrasi semula Dasar Perindustrian dan Strategi Pelaburan Asing untuk lonjakkan ekonominya.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#PM
#ekonomi
#Belia
#Felo Perdana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan