awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wujudkan akademi politik latih wakil rakyat - Rais Yatim

Bernama
Bernama
10/04/2021
07:29 MYT
Wujudkan akademi politik latih wakil rakyat - Rais Yatim
Rais mencadangkan supaya pemimpin dan pakar yang berpengalaman serta berwibawa dalam bidang politik menjadi tenaga pengajar dalam akademi tersebut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim hari ini menyarankan supaya akademi politik diwujudkan bagi memberikan latihan rasmi kepada wakil rakyat.
Tokoh veteran politik itu berkata sudah menjadi satu keperluan yang perlu difikirkan pucuk pimpinan bagi menubuhkan akademi tersebut yang antaranya memberikan pengisian dari sudut perundangan, adat pelbagai kaum di negara ini dan sosialisme.
"Semua pihak yang beroperasi dalam perkhidmatan awam ada menerima latihan rasmi tetapi sejak negara merdeka lagi, tiada latihan untuk ahli politik.
"Mereka (wakil rakyat) yang menang terus masuk Parlimen, tiada latihan mengenai apa yang perlu atau tidak boleh diperkatakan dalam Parlimen...adalah penting untuk ahli politik menjalani latihan," katanya.
Rais yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan berkata demikian semasa sidang media selepas menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-53/54 Badan Kebajikan dan Kemajuan Anak Melayu di Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di sini, hari ini.
Beliau juga mencadangkan supaya pemimpin dan pakar yang berpengalaman serta berwibawa dalam bidang politik menjadi tenaga pengajar dalam akademi tersebut.
BACA: Audio tular: Penafian lisan Anwar, Zahid semata-mata tidak meyakinkan - Rais Yatim
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Rais turut mengulas mengenai dakwaan isu rakaman audio antara Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular baru-baru ini.
"Saya berpendapat pihak berkuasa perlu mencari pakar audio atau pakar suara dan gandingkan dengan bukti rakaman untuk mengesahkan ketulenan kedua-dua pemimpin itu, jika tidak perkara ini akan jadi duri dalam daging kepada mereka, lebih-lebih lagi lunak dan lenggok bahasa kedua-dua pemimpin ini memang dikenali," katanya.
Baru-baru ini, satu rakaman audio perbualan antara dua individu dengan suara menyamai Ahmad Zahid dan Anwar, yang didakwa berlaku selepas Perhimpunan Agung UMNO, bocor di media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang Dipertua Dewan Negara
#Rais Yatim
#akademi politik
#Anwar Ibrahim
#Zahid Hamidi
#UMNO
#PKR
#Dewan Negara
#SPRM
#Malaysia
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan