Dewasa ini, sering kali dibangkitkan kebimbangan terhadap generasi muda yang dilihat semakin hilang perwatakan nasional terutama dalam memperlihatkan identiti sebagai seorang warganegara Malaysia.
Orang muda dikatakan tidak patriotisme, kurang peka dengan keadaan sekeliling serta hanyut dengan ledakan teknologi dan media sosial yang menjadi ancaman terbesar generasi muda hari ini.
Kepincangan itu antara lain disebabkan jati diri yang lemah termasuk tiada penghayatan terhadap prinsip Rukun Negara yang menjadi peranti sosiobudaya rakyat berbilang kaum di negara ini .
Mengangkat Rukun Negara sebagai panduan hidup yang lengkap bukan sahaja menjadi asas pembentukan negara bangsa tetapi turut membentuk sahsiah rakyat yang bertanggungjawab.
Melihat kepada senario itu, mahu atau tidak, program tatanegara atau kenegaraan perlu diperkemaskan dengan mewujudkan program lebih baik bagi memupuk penghayatan rakyat terhadap semangat Rukun Negara yang secara tidak langsung meningkatkan rasa cinta dan kesetiaan kepada tanah air.
Sudah tiba masanya, Malaysia melaksanakan program Khidmat Negara bagi membolehkan rakyat lebih menghayati Rukun Negara serta menimbulkan rasa sayang kepada negara, menurut Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Ismail Sualman.
Beliau berpendapat program yang lebih efektif menerusi Khidmat Negara sepertimana dilaksanakan di beberapa negara antaranya Singapura dan Korea Selatan dilihat lebih sesuai bagi meningkatkan penghayatan kenegaraan dalam kalangan generasi muda terutama bagi meningkatkan semangat patriotisme.
"Saya melihat Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebelum ini tidak begitu efektif jika dibandingkan dengan Khidmat Negara.
"Kalau PLKN, ia tidak wajib kepada semua, tetapi kalau Khidmat Negara, ia wajib kepada semua. Kalau PLKN, hanya terpilih sahaja (ikuti program berkenaan)," katanya kepada Bernama sempena Ulang Tahun Rukun Negara ke-50, di sini, baru-baru ini.
Menjelaskan lanjut tentang program Khidmat Negara seperti dicadangkan, beliau berkata mereka yang berusia antara 18 dan 19 tahun wajib menyertai program itu dan sekiranya tidak boleh berbuat demikian pada usia tersebut disebabkan alasan munasabah antaranya melanjutkan pengajian, mereka perlu menyertainya sebelum memasuki dunia pekerjaan.
Ismail berkata Khidmat Negara itu juga perlu memperuntukkan tempat bagi mereka yang mempunyai masalah seperti orang kurang upaya (OKU) dan sebagainya bagi memastikan penyertaan penuh rakyat.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menyatakan kerajaan akan menggantikan PLKN dan Biro TataNegara (BTN) yang dimansuhkan dengan program baharu yang sedang dimuktamadkan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Tetap Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohd Rosidi Hassan memberikan pandangan berbeza apabila beliau mengharapkan PLKN dikembalikan semula serta ditambah baik pelaksanaan program berkenaan.
Katanya, jika sebelum ini PLKN dijalankan selama tiga bulan bagi satu sesi/siri, mungkin tempoh itu boleh dilanjutkan selama setahun atau dua tahun bagi memberi kesan mendalam kepada jati diri anak muda.
"Saya sarankan agar universiti dapat mengadakan program seperti PLKN supaya dapat kesan sebenar... barulah kekal jati diri itu dalam individu.
"Kita boleh cadangkan satu nama baharu dalam PLKN supaya lebih segar dan dinamik, tetapi lebih utama ialah pengisian dan kesinambungan program ini supaya boleh kekal dalam diri anak muda untuk masa akan datang," ujarnya.
Dalam pada itu, Mohd Rosidi berharap Rukun Negara akan dijadikan kurikulum utama di sekolah dan dijadikan subjek wajib lulus bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
"Jika sebelum ini diletakkan syarat bagi mereka yang ingin memasuki aliran sains wajib lulus Matematik, Sains dan Bahasa Melayu untuk menjaga entiti Bahasa Melayu.
"Saya rasa sekarang perlu dibuat sedikit pindaan, dengan memasukkan elemen Rukun Negara atau lulus subjek Rukun Negara kemudian barulah boleh dijadikan syarat untuk layak ke peringkat lebih tinggi. Jadikan ia sebagai subjek teras atau subjek utama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 24 2020
ISMAIL: Saya melihat PLKN sebelum ini tidak begitu efektif jika dibandingkan dengan Khidmat Negara. - Gambar UiTM
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Cermin kereta Safiq Rahim pecah diketuk dengan tukul besi
Bekas pemain kebangsaan, Safiq Rahim, turut ditimpa malang apabila cermin kereta dipecahkan menggunakan tukul besi berdekatan pusat latihan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Perhimpunan Agung PBB mengundi Jumaat ini
Ia secara berkesan akan bertindak sebagai tinjauan global mengenai berapa banyak sokongan rakyat Palestin terhadap bidaan mereka, yang telah diveto dalam Majlis Keselamatan PBB bulan lalu oleh Amerika Syarikat.
Serangan di Rafah satu kesilapan, malapetaka kemanusiaan - PBB
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa memberi amaran kepada Israel bahawa serangan ke atas Rafah akan menjadi kesilapan strategik, bencana politik dan kemanusian.
Kehadiran Agong ke Parlimen kukuhkan lagi hubungan dua hala
Di bawah pemerintahan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Sultan Negeri Johor, hubungan negeri itu dengan Singapura semakin kukuh.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Vladimir Putin angkat sumpah sebagai Presiden bagi penggal kelima
Majlis angkat sumpah itu diadakan di Kremlin dengan diboikot Amerika Syarikat dan beberapa negara barat lain susulan perang antara Rusia-Ukraine.
Cuaca panas undang stres kalangan jemaah wanita
Dalam keadaan cuaca panas melampau dan untuk tempoh yang lama, ia boleh mengundang kepada stres atau tekanan sehingga berupaya menjejaskan kesihatan mental jemaah wanita yang menerima tawaran sebagai tetamu Allah di musim haji.
Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia BBP
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang hari ini bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.
Usaha bersepadu penting untuk mengekang jenayah
Usaha bersepadu di kalangan agensi-agensi dari pelbagai bidang adalah penting untuk mengekalkan kerangka keselamatan global, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.