awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wujudkan segera Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak di Sarawak - Rohani

Bernama
Bernama
27/08/2017
00:15 MYT
Wujudkan segera Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak di Sarawak - Rohani
Rohani berkata adalah tidak sukar untuk segera mewujudkan mahkamah tersebut kerana ia hanya melibatkan proses pentadbiran sahaja. -Gambar fail
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berharap Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak diwujudkan segera di Sarawak.
Beliau berkata ini berikutan pendedahan beberapa kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak di Sarawak baru-baru ini, yang disifatkannya sebagai amat mengejutkan.
"Pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini, saya ada suarakan supaya diwujudkan Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak di Sarawak sekurang-kurangnya pada tahun depan.
"Tetapi, dengan pendedahan beberapa kes di Sarawak ketika ini, saya harap tidak perlu tunggu sampai tahun depan. Saya akan minta ia dipercepatkan, jika boleh tahun ini. Saya mahu kanak-kanak yang menjadi mangsa mendapat pengadilan yang sebaik-baiknya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, pada Sabtu.
Rohani berkata adalah tidak sukar untuk segera mewujudkan mahkamah tersebut kerana ia hanya melibatkan proses pentadbiran sahaja.
"Tidak perlulah bina bangunan baharu. Mahkamah ini hanya melibatkan pengubahsuaian atau susun atur bilik mahkamah seperti kemudahan persidangan video secara langsung ketika memberi keterangan di mana mangsa akan berkomunikasi dengan Hakim," katanya.
Antara pendedahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang mengejutkan di negeri ini ialah kes dua beradik menjadi hamba seks empat anggota keluarga sendiri di sebuah kampung di Serian sejak enam tahun lepas.
Semalam, empat sekeluarga itu yang terdiri daripada datuk, bapa kandung dan dua bapa saudara mangsa dijatuhi hukuman penjara di antara 25 hingga 55 tahun dan 24 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Samarahan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenayah seksual
#Kanak-kanak
#rogol anak
#Rohani Abdul Karim
#seks
#sumbang mahram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan