awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wujudkan undang-undang baharu berkaitan perkahwinan bawah umur - Mujahid

Rohana Wahed
Rohana Wahed
07/08/2018
11:46 MYT
Wujudkan undang-undang baharu berkaitan perkahwinan bawah umur - Mujahid
Isu perkahwinan bawah umur tegasnya, perlu ditangani agar ia tidak dijadikan bahan eksploitasi dalam menjaga hak kanak-kanak.
Undang-undang baharu berkaitan perkahwinan bawah umur perlu diwujudkan bagi mengelakkan eksploitasi terhadap hak kanak-kanak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof berkata, perkara ini bagaimanapun akan dibincangkan secara menyeluruh dengan semua pihak berkaitan termasuk wakil dari Sabah dan Sarawak.
"kita hendak berbincang dengan semua pihak sehingga proses perundingan dan kosultansi itu yang penting. Akhirnya kita nak berpendapat bahawa satu undang-undang ketat dengan mengehadkan had umur berkaitan perkahwinan bawah umur," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) Ke-16 di Kuching hari ini.
Pada majlis itu, seramai 116 penuntut IKMAS menerima diploma masing-masing, yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.
Untuk itu jelasnya, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan rundingan mengenai perkara itu bagi mendapatkan keputusan yang konsensus demi kebaikan semua pihak.
Isu perkahwinan bawah umur tegasnya, perlu ditangani agar ia tidak dijadikan bahan eksploitasi dalam menjaga hak kanak-kanak.
Topic Berkaitan
#eksploitasi
#hak kanak-kanak
#Kanak-kanak
#Mujahid Yusof
#perkahwinan bawah umur
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan