KUALA LUMPUR: Kem wushu dijangka menjadi penyumbang pingat pertama buat kontinjen negara ke Sukan Asia Hangzhou 2022, di China bermula 23 Sept hingga 8 Okt ini.
Ketua Kontinjen Datuk Chong Kim Faat berkata berdasarkan jadual pertandingan, atlet wushu dilihat berpeluang membuka akaun kutipan pingat kontinjen negara dalam acara yang dijadual pada 24 Sept, kurang 12 jam selepas pembukaan rasmi temasya itu.
Beliau yang juga Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (WFM) menamakan juara dunia 2017 Wong Weng Son (Changquan lelaki) sebagai antara prospek pingat kali ini.
"Weng Son terlepas pingat emas pada Sukan SEA Kemboja (Mei lepas) kerana masalah pernafasan selepas dijangkiti COVID-19. Selepas menukar ubat, beliau kini berada dalam keadaan baik untuk berikan saingan sengit.
"Kita sama-sama doakan agar skuad wushu mampu meraih pingat pertama untuk membakar semangat kontinjen kita. Saya juga ingin memohon 33 juta rakyat Malaysia beri sokongan padu kepada atlet kita ke Sukan Asia," katanya selepas majlis makan malam bersama wartawan baru-baru ini.
Beliau berkata, pihaknya juga mendapat makluman daripada Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Hangzhou (HAGOC) bahawa tuan rumah sudah bersedia untuk menganjurkan Sukan Asia ke-19 dan hanya menanti ketibaan para atlet dan pegawai dari seluruh pelusuk Asia.
Weng Son, yang pernah meraih satu emas, enam perak dan satu gangsa di Kejohanan Dunia sejak 2015, selain tiga emas pada Piala Dunia, meraih perak acara Jianshu+Qiangshu dan gangsa Changquan pada Sukan SEA Kemboja.
Kem wushu sering menjadi penyumbang pingat emas pertama kontinjen negara, termasuk di Sukan SEA 2019 Filipina dan Kemboja 2023, selain emas sulung negara dalam sejarah Sukan Universiti Dunia di Chengdu, China pada Julai lepas.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang turut hadir ke majlis berkenaan, turut menasihati para atlet negara terutama yang kali pertama beraksi supaya tidak gementar atau bimbang.
"Atlet tidak perlu risau. Dengan adanya sokongan padu dan infrastruktur semuanya sudah bersedia, kita berharap mereka dapat memberikan keputusan yang baik untuk Malaysia. Kita juga ada Timbalan Ketua Kontinjen (CDM) wanita (Prof. Madya Farrah Hani Imran) untuk pastikan keperluan atlet wanita dijaga," katanya.
Pada Sukan Asia kali ini, kontinjen Malaysia meletakkan sasaran 27 pingat menerusi 13 sukan - terjun, badminton, berbasikal trek, ekuestrian, hoki, karate, memanah, olahraga, pelayaran, sepak takraw, skuasy, wushu dan e-sukan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2023
Chong Kim Faat menamakan juara dunia 2017 Wong Weng Son (Changquan lelaki) sebagai antara prospek pingat kali ini. - Foto BERNAMA
Jepun-Greece rai diplomasi lampau 125 tahun
Jepun dan Greece meraikan hubungan diplomasi lampau yang bermula sejak 125 tahun lalu dengan lawatan rasmi sepanjang minggu ini di Greece.
Hubungan yang disifatkan istimewa antara dua negara ini menjadi lebih istimewa kerana Puteri Kako iaitu anak buat kepada maharaja Naruhito mencemar duli hadir ke negara berkenaan untuk menzahirkan ucapan dalam surat yang diutuskan oleh Maharaja Negara Matahari Terbit itu.
Hubungan yang disifatkan istimewa antara dua negara ini menjadi lebih istimewa kerana Puteri Kako iaitu anak buat kepada maharaja Naruhito mencemar duli hadir ke negara berkenaan untuk menzahirkan ucapan dalam surat yang diutuskan oleh Maharaja Negara Matahari Terbit itu.
Tanah runtuh di Papua New Guinea: India tawar bantuan US$1 juta
Bantuan bernilai US$1 juta disumbang India bagi membantu mangsa-mangsa bencana tanah runtuh tragis di Papua New Guinea. Tanah runtuh itu yang berlaku pada minggu lalu, setakat ini telah meragut ribuan nyawa dengan ada mangsa yang terperangkap dalam runtuhan.
Panas ekstrem di Rajasthan, 6 maut akibat strok haba
Sekurang-kurangnya enam terkorban akibat gelombang haba melampau dan berpanjangan di barat India, Rajastran pada Selasa.
Himpunan solidariti mahu lihat kesan jelas selepas iktiraf
Pada hari sebelumnya, ratusan yang bersolidariti dengan rakyat Palestin berhimpun di hadapan pejabat Suruhanjaya Eropah (EU) di Barcelona dan di beberapa pejabat kementerian luar di Madrid.
Sepanyol tegas inginkan baitulmaqdis, ibu negara Palestin
Diharapkan langkah untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara akan diikuti lebih ramai negara lain khususnya dari Eropah. Ia juga dilihat dapat menyegerakan keamanan selepas melihat kekejaman berterusan sekian lama. Ini pendirian yang dikongsi tiga negara -Sepanyol, Ireland dan Norway yang secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai negara berkuat kuasa Selasa, 28 Mei.
Mohamad Husaini, Nor Hidayah johan Tilawah Al-Quran
Muhammad Husaini dan Nor Hidayah masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan wang tunai RM10,000 bagi menunaikan ibadah haji, piala, cenderamata serta sijil.
Pilih hidangan makanan, elak keracunan
Jemaah haji Malaysia disaran memilih makanan dan tempat makanan yang bersesuaian untuk mengelakkan masalah boleh mengganggu tumpuan beribadah termasuk kemungkinan keracunan dan cirit birit.
Hubungan Malaysia-China berada di tahap tertinggi
Hubungan diplomatik Malaysia-China yang sudah menjangkau hampir lima dekad kini berada di tahap tertinggi.
Program Geran Kreatif KL bertujuan memberi hela nafas baharu
Kerajaan akan memainkan peranan proaktif dalam melaksanakan projek-projek flagship dengan meningkatkan dan menyelaras usaha untuk memastikan ianya mencapai potensi penuh dalam memberikan hela nafas baharu kepada Pusat Bandar Kuala Lumpur menjadi destinasi kreatif bertaraf dunia.
Hamas desak Majlis Keselamatan PBB ambil 'langkah segera' hentikan serangan Israel ke atas Rafah
Hamas pada Selasa menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tindakan segera untuk menghentikan serangan berterusan Israel di Rafah.
Wushu: PWM sedia terima salam perdamaian Seksyen Sukan BPS KPT
Persekutuan Wushu Malaysia (PWM) sedia menyambut salam perdamaian dengan Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik (BPS) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Hannah mahu pendekatan lebih segar terhadap sukan wushu
Negara-negara yang berjaya membawa pulang pingat acara wushu di pentas antarabangsa mendapatkan jurulatih dari China.
Sukan Asia Hangzhou: Wushu terlepas peluang tuai pingat pertama negara
Atlet wushu kebangsaan Wong Weng Son menamatkan saingan akhir changquan lelaki, di kedudukan kedua tercorot.
Kim Fatt menang jawatan Naib Presiden Wushu Asia tanpa bertanding
Kim Fatt memenangi jawatan itu tanpa bertanding bagi penggal 2023-2026 pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif WFA ke-53 semalam.
Wushu berpotensi sumbang pingat pertama di Hangzhou 2022 - Kim Fatt
Kem wushu dijangka menjadi penyumbang pingat pertama buat kontinjen negara ke Sukan Asia Hangzhou 2022, di China bermula 23 Sept hingga 8 Okt ini.
KPM sedia pertimbang peruntukan bangunkan, memperkasa sukan tempur di sekolah
Ia bertujuan mencungkil bakat baharu dalam pelbagai sukan tempur menerusi latihan dan penganjuran acara atau pertandingan di sekolah.
Psikologi atlet wushu diberi keutamaan menjelang Sukan Asia 2022
Faktor kurang keyakinan diri mengakibatkan kebanyakan atlet gagal menampilkan persembahan yang konsisten.
Sukan SEA: Cheong Min atlet Malaysia pertama sumbang dua emas
Jaguh wushu kebangsaan Tan Cheong Min muncul atlet Malaysia pertama merangkul dua pingat emas pada temasya Sukan SEA 2023.
Kempunan pingat emas: Weng Son tawar hati untuk terus bertanding di Sukan SEA
Sukan SEA 2023 mungkin menjadi penampilan terakhir buat atlet wushu kebangsaan Wong Weng Son di temasya sukan dwitahunan itu selepas kempunan memenangi pingat emas yang amat diinginkan hari ini.
Cheong Min dedah 'dipersenda' pilih beraksi di Sukan SEA
Atlet wushu kebangsaan Tan Cheong Min mendedahkan terdapat pihak 'mempersendakan' keputusannya untuk bertanding pada Sukan SEA 2023.