awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Harga minyak AS$50 mampu kekalkan aliran pelaburan sektor O&G - CEO Petronas
DUNIA
Microsoft rancang buang ribuan pekerja, fokus kepada kakitangan jualan
MALAYSIA
Struktur jajaran asal Kota Melaka 'muncul' di Taman Larangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GADGETS

xAI bakal buka studio permainan video AI

Amanz
Amanz
28/11/2024
03:00 MYT
xAI bakal buka studio permainan video AI
Elon Musk mendedahkan bahawa xAI akan membuka pula sebuah studio permainan video yang menggunakan AI. -Gambar fail
xAI setakat ini hanya menawarkan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) Grok yang boleh menjana cerita dan juga menghasilkan imej.

Ringkasan AI
  • xAI kini menawarkan perkhidmatan AI Grok yang boleh menjana cerita dan menghasilkan imej, namun ciri ini tidak unik berbanding Gemini dan ChatGPT.
  • Elon Musk mengumumkan bahawa xAI akan membuka sebuah studio permainan video menggunakan AI, menjadikannya syarikat kedua selepas Netflix yang melakukannya.
  • Penggunaan AI dalam permainan video menjadi isu sensitif, dengan ribuan pekerja industri dibuang dan pelakon suara mogok untuk melindungi hak mereka daripada diambil alih oleh AI.
  • Setakat ini, tiada permainan video AAA yang dibangunkan sepenuhnya menggunakan AI.

Ciri yang boleh dikatakan tidak ada uniknya jika dibandingkan dengan Gemini, dan ChatGPT.
Semalam, Elon Musk mendedahkan bahawa xAI akan membuka pula sebuah studio permainan video yang menggunakan AI.
Ini, menurut Musk, bagi mengembalikan semua zaman kegemilangan permainan video.
xAI akan menjadi syarikat kedua selepas Netflix yang akan membuka sebuah studio permainan video menggunakan AI.
Penggunaan AI dalam permainan video ialah isu sensitif yang menjadi perdebatan di kalangan pemain industri.
Tahun ini ribuan pekerja dibuang oleh studio dan penggunaan AI dilihat akan menyebabkan semakin ramai akan hilang mata pencarian.
Pelakon asli dan pelakon suara permainan video di bawah SAG-AFTRA telah pun mogok meminta supaya hak mereka dipelihara dan tidak diambil alih oleh AI.
Setakat ini masih tiada permainan video AAA yang dibangunkan sepenuhnya menggunakan AI.
Beberapa demo yang dihasilkan sebelum ini hanyalah sekadar permainan asal untuk telefon mudah alih.
Tetapi dengan xAI menerima dana berbilion dolar serta antara pemilik kluster komputer AI terbesar dunia, pasti ramai yang ingin melihat sama ada pelaburan Elon dapat menghasilkan permainan video AAA sebaik yang dihasilkan sepenuhnya oleh manusia. -Amanz
Topic Berkaitan
#xAI
#Elon Musk
#ChatGPT
#Grok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami