'Ya, sudah sampai masanya Sarawak ada stesen TV sendiri!'

Astro Awani
November 27, 2017 21:20 MYT
Idea Datuk Abang Johari Tun Openg (gambar) supaya diwujudkan stesen TV di Sarawak disambut baik penduduk Mukah - gambar fail
Kesal dengan kurangnya liputan berita signifikan mengenai perkembangan perubahan negeri Sarawak di stesen TV percuma, seorang penduduk Mukah, Siri Dani menyatakan harapan agar cadangan Ketua Menteri, Datuk Abang Johari Tun Openg dapat direalisasikan.
Anak jati Kampung Telian itu berpendapat cadangan supaya diwujudkan stesen TV sendiri di bumi Kenyalang membolehkan masyarakat meraikan maklumat, ilmu dan idea terutama kepada mereka di kawasan pedalaman.
Abang Johari menyuarakan hasrat tersebut melalui satu laporan yang dipetik oleh SarawakVoice di Sibu baru-baru ini.
Baca: Sarawak macam anak tiri stesen TV siaran percuma
Cadangan Ketua Menteri itu bukan sahaja disambut baik rakyat negeri Sarawak malah mendapat sokongan pemikir dan cendekiawan tempatan
#Abang Jo #Berita Sarawak Terkini #Borneo #Datuk Patinggi Abang Johari #Ketua Menteri Sarawak terkini #Liputan Sarawak #Mukah #Sarawak #Sarawakian #Sarawakvoice #stesen TV Sarawak #suara sarawak #TV Sarawak