Hong Leong Yamaha baru-baru ini melancarkan motorsikal model XJ6 Diversion ‘fairing’ penuh dengan harga RM39,800 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Motorsikal ini melengkapkan siri Diversion yang telahpun dibawa masuk sebelum ini iaitu XJ6 tanpa ‘fairing’ dan XJ6 Diversion dengan separa ‘fairing’.

Dikuasakan dengan enjin 600cc, 4 strok, 4-silinder dengan suntikan bahan api, Yamaha XJ6 F – yang dipasang di Sungai Buloh – adalah sebuah motorsikal yang sesuai untuk hampir setiap keadaan, sama ada kegunaan harian ataupun perjalanan jauh. Casisnya direka untuk memberi pengendalian yang lincah dan cengkaman yang tinggi. Kualiti keselesaan disempurnakan oleh sistem suspensi aktif.

Yamaha XJ6 F ini boleh didapati di pengedar Yamaha terpilih di seluruh negara bermula sekarang denga pilihan warna putih ataupun biru.