awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yang di-Pertuan Agong sekali lagi bantu mangsa kemalangan

Astro Awani
Astro Awani
05/08/2019
04:49 MYT
Yang di-Pertuan Agong sekali lagi bantu mangsa kemalangan
Yang di-Pertuan Agong dan anakanda banginda, Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah menuruni kenderaan rasmi bertanya khabar mangsa dan meninjau keadaan kenderaan yang terlibat. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KEPERIBADIAN menawan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menarik perhatian ramai apabila baginda membantu mangsa kemalangan.
Ketika dalam perjalanan ke program Pameran Raja Kita di Muzium Diraja, Seri Paduka Baginda menuruni kenderaan rasmi Baginda untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu kereta yang terlibat.
Kemalangan itu berlaku di jalan susur dari pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram Istana Negara, Al-Sultan Abdullah dan anakanda baginda, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah menuruni kenderaan rasmi baginda untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
Selepas bertanya khabar mangsa dan meninjau keadaan kenderaan yang terlibat, baginda meneruskan perjalanan ke Muzium Diraja untuk merasmikan Pameran Raja Kita.
BACA: Jelita dan bijak, ini puteri-puteri raja Pahang BACA: #AgongKita: 'So sweet' YDP Agong, Permaisuri saling berpegangan tangan
Pada 26 Jun lalu, baginda turut mencemar duli turun dari kenderaan rasmi untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya di Putrajaya. Ketika itu difahamkan, Seri Paduka Baginda Tuanku dalam perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet bersama Perdana Menteri di Istana Melawati, Putrajaya.
Mangsa kemalangan bagaimanapun tidak mengalami kecederaan yang serius.
BACA: 'Terkejut saya tengok payung kuning, rupanya...' - Mangsa kemalangan dibantu Agong
Topic Berkaitan
#Agong Kita
#Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Istana Negara
#Tengku Muhammad Iskandar Ri ayatuddin Shah
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan