awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong berkenan berbuka puasa bersama warga UiTM

Bernama
Bernama
10/05/2019
12:58 MYT
Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong berkenan berbuka puasa bersama warga UiTM
Yang di-Pertuan Agong beramah mesra bersama pelajar selepas menunaikan Solat Maghrib pada Majlis Berbuka Puasa di Masjid Al-Wathidu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UiTM hari ini. --fotoBERNAMA
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama pelajar dan warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, di kampus UiTM Shah Alam di sini hari ini.
Ketibaan baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disambut oleh Naib Canselor UiTM Prof Dr Mohd Azraai Kassim.
Sultan Abdullah merupakan Canselor UiTM.
Turut mengiringi baginda, beberapa Pro-Canselor UiTM antaranya Tan Sri Arshad Ayub, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad, dan Tan Sri Dr Sallehuddin Mohamed.
Turut hadir ke majlis berkenaan kira-kira 2,000 pelajar dan warga kerja UiTM kampus Shah Alam.
Sultan Abdullah kemudian turut berkenan menunaikan solat Maghrib bersama-sama hadirin di majlis berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MARA
#pelajar
#puasa
#Raja Permaisuri Agong
#shah alam
#UiTM
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan