awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
Pendidikan awal: KPM jamin tiada penolakan pendaftaran murid, tumpu persiapan maksimum
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yang di-Pertuan Agong terima menghadap bekas PM Jepun

Astro Awani
Astro Awani
11/03/2022
10:22 MYT
Yang di-Pertuan Agong terima menghadap bekas PM Jepun
Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, pada Jumaat. - Gambar Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, yang juga Utusan Khas Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida di Istana Negara di sini, pada Jumaat.
Pada pertemuan yang bermula pukul 3.30 petang itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Dalam Politik Ekonomi kepada Abe.
Ia bersempena Majlis Konvokesyen ke-36 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang dijadualkan berlangsung esok.
"Upacara penganugerahan itu turut dihadiri Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob, Presiden UIAM, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, serta pegawai kedutaan besar Jepun di Kuala Lumpur.
"Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan tahniah kepada Abe dan kerajaan Jepun sempena ulang tahun ke 40 Dasar Pandang Ke Timur Malaysia (DPT) dan 65 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan Jepun," kata Istana Negara dalam satu kenyataan.
Abe kini dalam rangka lawatan tiga hari ke Malaysia bermula Khamis sempena Ulang Tahun ke-40 DPT dan 65 tahun penubuhan hubungan diplomatik Malaysia dan Jepun.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Shinzo Abe
#Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan