awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
Banjir di Pahang pulih sepenuhnya
Lisa BLACKPINK jadi wajah kempen pelancongan Thailand bermula Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yang Terbakar Kotak Panel Lampu Jalan - SESB

Bernama
Bernama
30/10/2012
08:48 MYT
Yang Terbakar Kotak Panel Lampu Jalan - SESB
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) hari ini menjelaskan bahawa kebakaran berhampiran Taman Univilla dekat sini Jumaat lalu sebenarnya melibatkan kotak panel lampu jalan dan bukan pencawang elektrik seperti dilapor media tempatan.
Pengurus Besar (Pembahagian) SESB, Ahmad Sazree Abd Aziz berkata, kotak panel untuk lampu jalan itu adalah milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan bukan milik SESB.
"Siasatan lanjut di tempat kejadian mendapati kotak panel untuk lampu jalan di kawasan berkenaan telah mengalami kerosakan sebelum ianya terbakar," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat telah memaklumkan kejadian itu kepada SESB dan tindakan untuk menutup bekalan elektrik ke kawasan berkenaan telah dibuat serta merta bagi memastikan keselamatan anggota Bomba dan Penyelamat semasa membuat kerja-kerja memadamkan kebakaran.
Ahmad Sazree berkata PBT telah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan untuk tindakan pembaikan segera.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#SESB
#Taman Univilla
#Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan