Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia

MetMalaysia menganggarkan taburan hujan bagi luruan monsun yang dijangka berlaku dari 25 hingga 29 Disember ini berpotensi mencecah sehingga 150 milimeter sehari di kawasan tertentu. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat ini tidak mengesan sebarang indikator saintifik, yang menunjukkan risiko berlaku banjir besar atau hujan ekstrem pada awal tahun 2026.
Ringkasan AI
- MetMalaysia tidak mengesan indikator saintifik menunjukkan risiko banjir besar atau hujan ekstrem pada awal tahun 2026.
- Penilaian semasa menunjukkan Malaysia masih dalam keadaan cuaca terkawal walaupun sedang mengalami fasa Monsun Timur Laut.
- Tiga indikator saintifik utama bagi potensi hujan ekstrem di Malaysia termasuk La Nina, episod luruan angin sejuk Siberia, dan kewujudan sistem tekanan rendah di negara.
"Sejarah menunjukkan bahawa episod banjir besar di Malaysia sering berlaku semasa La Nina tetapi tidak semestinya semasa La Nina sahaja. Tetapi ada kejadian yang berlaku pada El Nino yang lemah," katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Rabu.
Indikator kedua pula melibatkan episod luruan angin sejuk dari Siberia dan jika berlaku dengan kuat dan bergabung dengan La Nina, ia berpotensi menghasilkan hujan lebat berterusan.
"Indikator ketiga ialah kekerapan kewujudan sistem tekanan rendah berhampiran negara. Kehadiran kawasan bertekanan rendah ini boleh meningkatkan kebarangkalian berlakunya hujan ekstrem," tambah beliau.
Mengulas lanjut, Mohd Zunaidi berkata Malaysia ketika ini berada dalam fasa La Nina yang lemah dan dijangka berterusan sehingga Februari 2026.
"Berdasarkan anggaran terbaharu, MetMalaysia menjangkakan tidak ada potensi berlaku banjir besar. Walau bagaimanapun, banjir masih berpoetensi untuk terjadi.
"Maklumat mengenai anggaran taburan hujan ini kita salurkan terus kepada pusat ramalan banjir negara bagi tujuan amaran banjir," ujar beliau.
Selain itu, MetMalaysia juga menganggarkan taburan hujan bagi luruan monsun yang dijangka berlaku dari 25 hingga 29 Disember ini berpotensi mencecah sehingga 150 milimeter sehari di kawasan tertentu.
Bagaimanapun, beliau menegaskan MetMalaysia akan terus memantau keadaan cuaca secara rapi, khususnya perkembangan luruan angin sejuk yang kuat serta kewujudan kawasan bertekanan rendah berhampiran negara bagi memastikan amaran awal dapat dikeluarkan, jika perlu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


