PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan penyanyi nasyid dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman membela diri terhadap tiga pertuduhan kes dadah yang dihadapinya.
Hakim Faiz Dziyauddin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Muhammad Yasin, 48, di akhir kes pendakwaan.
"Seramai tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang kes pendakwaan. Setelah mahkamah meneliti dan menimbang keterangan kesemua saksi secara penilaian maksimum, tertuduh dipanggil untuk membela diri ke atas ketiga-tiga pertuduhan," katanya.
Ketika keputusan dibacakan, Muhammad Yasin yang berada di dalam kandang tertuduh kelihatan tenang dan setelah jurubahasa menerangkan pilihan yang diberikan, dia memilih untuk meneruskan perbicaraan dengan berdiam diri.
"Yang Arif Tuan Hakim, saya memilih untuk berdiam diri," kata Muhammad Yasin.
Peguam Ariff Azami Hussein mewakili Muhammad Yasin memberitahu mahkamah, pihaknya telah bersedia dengan saksi pembelaan pertama iaitu Pakar Perunding Forensik Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Ian Lloyd Anthony.
Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Ahmad Zuhaini Mahamad Amin.
Penyanyi lagu Mimpi Laila itu didakwa memberikan dirinya dadah jenis '11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid' di Pejabat Narkotik IPD Petaling Jaya pada 11.05 malam, 24 Mac tahun lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.
Muhammad Yasin juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja dalam pasu di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, Kota Damansara di sini, pada 5.30 petang, pada tarikh yang sama.
Pertuduhan mengikut Seksyen 6 ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan, serta Seksyen 6B(1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023

Hakim Faiz Dziyauddin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap penyanyi itu. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Piala Malaysia: TMJ tinjau kualiti padang Stadium Nasional
Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibrahim berkenan melawat keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

'Jaga diri, jaga kesihatan' pesan PM kepada penerima bantuan miskin tegar di Labuan
"Jaga diri, jaga kesihatan," kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Taibah Mahmud, 83, ketika menyantuni penerima bantuan dalam sebuah program bantuan miskin tegar hari ini.

PSM mohon maaf Stadium Nasional kurang memuaskan untuk final Piala Malaysia
Permohonan maaf itu juga ditujukan kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC serta penyokong kedua-dua pasukan berkenaan.
AWANI Ringkas: Zayn Rayyan mati dibunuh - KP Selangor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Langkah pencegahan kerosakan pengangkutan awam diperkenal, elak masalah sama berulang
Penyelenggaraan baharu iaitu Mean Kilometres Between Failure (MKBF) dilaksanakan sebagai langkah pencegahan kerosakan teknikal perkhidmatan rel dan bas, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

"Aunty guard viral" gementar bakal jejak kaki ke Istana Negara
Yogeswary, 44, tersenarai sebagai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KPT tawar 24,500 tempat pengajian sempena program setahun bersama Kerajaan MADANI
Ia bersempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil yang bermula esok hingga 10 Dis ini.

Warga emas didakwa tipu dapatkan gelaran 'Datuk', sembunyi wang RM12,500
Seorang warga emas didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk mendapatkan gelaran 'Datuk' dan menyembunyikan wang RM12,500.

Rusia tetapkan 17 Mac tarikh pilihan raya, Putin dijangka bertanding semula
Parlimen Rusia menetapkan pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 17 Mac 2024.

Rayuan pembunuhan DPP: Bukti tidak mencukupi untuk sabit pertuduhan bunuh, kata peguam
Seorang peguam memberitahu Mahkamah Rayuan di sini hari ini bahawa tidak cukup bukti untuk menyokong anak guamnya terlibat dalam pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Kamil Munim bertemu Yasin di Hospital Bahagia
Pihak hospital tersebut memberi peluang untuk melawat penyanyi berusia 48 tahun itu dan beberapa pesakit lain yang turut menjalani rawatan.

Yasin dilepas, bebas tiga pertuduhan dadah kerana tidak waras
Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini daripada tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya.

Kes dadah: Nasib Yasin diketahui esok
Sama ada Yasin dibebaskan atau disabitkan bersalah atas tiga pertuduhan dadah akan diputuskan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya esok.

'Saya mahu kembali ke Hospital Tanjung Rambutan, harap kes selesai segera' - Yasin
Yasin menyatakan dia sudah menjangkakan keputusan Mahkamah Sesyen hari ini bahawa wujudnya kes prima facie atas tiga pertuduhan terhadapnya.

Yasin diperintah bela diri tiga kes dadah
Yasin Sulaiman diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selasa, atas tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya.

Kes dadah Yasin: Keputusan bebas atau bela diri diketahui esok
Keputusan sama ada Muhammad Yasin dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan daripada tiga pertuduhan kes dadah yang dihadapinya akan diketahui esok.

Yasin harap kes segera selesai, mahu dapat rawatan
Yasin memaklumkan, sebelum ini dia dirujuk ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan selama 56 hari untuk mendapatkan rawatan intensif.

Kes dadah Yasin: 19 beg plastik disahkan kanabis - Saksi
Seorang ahli kimia di Mahkamah Sesyen mengesahkan bahawa, 19 beg plastik iaitu dua ketulan mampat dan 17 pokok dalam pasu yang diterima daripada anggota polis pada Mac tahun lalu, disahkan kanabis.

Kes dadah Yasin: 10 saksi dipanggil beri keterangan
Pasukan pendakwaan akan memanggil 10 saksi untuk memberi keterangan dalam kes dadah membabitkan penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman.

Yasin masih di Hospital Bahagia
Mahkamah diberitahu penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman yang berdepan kes dadah, masih ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan, Perak.