awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yayasan Felda sasar 90 peratus peneroka terima dos kedua menjelang akhir Oktober

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
15/09/2021
00:00 MYT
Yayasan Felda sasar 90 peratus peneroka terima dos kedua menjelang akhir Oktober
Yayasan Felda menyasarkan 90 peratus daripada kira-kira 112,000 peneroka di seluruh negara akan menerima suntikan vaksin dos kedua menjelang akhir Oktober depan. -Gambar Astro AWANI
KEMAMAN: Yayasan Felda menyasarkan 90 peratus daripada kira-kira 112,000 peneroka di seluruh negara akan menerima suntikan vaksin dos kedua menjelang akhir Oktober depan.
Pengurus Besar Datuk Mohd Banuri Aris berkata, yayasan kini sedang melaksanakan program vaksinasi khusus kepada peneroka di tiga negeri di Pantai Timur.
Menurut Mohd Banuri, setakat ini, program outreach vaksinasi COVID-19 untuk peneroka Felda dengan kerjasama Kementerian Kesihatan melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berjalan lancar mengikut jadual.
"Kita menyasarkan satu hari lebih kurang 1,000 penyertaan, itu sasaran kita.
"Pihak CITF negeri dan KKM telah memberikan kita satu kuota yang baik untuk vaksinasi hari ini.
"Alhamdulillah pihak KKM dan PKD (Pusat Kesihatan Daerah) juga memberikan komitmen yang sungguh padu kepada kita untuk menghasilkan program yang sama.
"Kehadiran Yayasan Felda ini adalah sekadar untuk membantu dan memastikan komuniti Felda dan kampung-kampung berhampiran dengan Felda ini dapat menerima vaksin ini," kata Mohd Banuri.
Menurutnya, pihaknya menjangkakan 10,000 peneroka di Terengganu dan Pahang bakal menerima suntikan vaksin dos kedua menjelang hujung September.
Setakat ini, hampir 7,000 peneroka Felda di dua negeri berkenaan sudah melengkapkan suntikan vaksinasi masing-masing.
Mohd Banuri ditemui selepas meninjau perjalanan program imunisasi di Felda Neram 2, Bandar Cheneh Baru, di sini.
Topic Berkaitan
#Yayasan Felda
#program vaksinasi
#dos kedua
#Mohd Banuri Aris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan