awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yayasan Hal Ehwal Agama Turkiye tawar biasiswa penuh kepada rakyat Malaysia - Mohd Na'im

Bernama
Bernama
09/02/2025
21:15 MYT
Yayasan Hal Ehwal Agama Turkiye tawar biasiswa penuh kepada rakyat Malaysia - Mohd Na'im
Rakyat Malaysia yang ingin memohon boleh melayari laman rasmi DiYANET BURSLARI Scholarships di pautan https://diyanetburslari.tdv.org/en/. - Facebook Dato' Setia Dr Naim
KUALA LUMPUR: Yayasan Hal Ehwal Agama Turkiye menawarkan biasiswa penuh kepada rakyat Malaysia yang berminat melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Fakulti Teologi dan International Hatip High Schools di negara itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata permohonan dibuka sehingga 28 Feb ini, sekali gus memberikan peluang terbaik kepada pencinta ilmu di Malaysia untuk menyambung pengajian di Turkiye.
"Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Bagi calon berkelayakan, boleh membuat permohonan segera. Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan dan Kedutaan Turkiye atas peluang ini kepada rakyat Malaysia," katanya dalam hantaran di Facebook pada Ahad.
Rakyat Malaysia yang ingin memohon boleh melayari laman rasmi DiYANET BURSLARI Scholarships di pautan https://diyanetburslari.tdv.org/en/.
Sementara itu, Universiti Malaya (UM) menerusi nota kepada pengarang memaklumkan Tuanku Canselor UM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah akan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa kepada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan yang dijadual melawat Malaysia pada Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#biasiswa
#ijazah
#Yayasan Hal Ehwal Agama Turkiye
#Mohd Na'im Mokhtar
#sambung pengajian di Turkiye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan