awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JAWI diarah siasat isu lelaki berpakaian menyerupai wanita
Jenazah ibu selamat dikebumikan, ayat Anuar Zain undang sebak
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

YDP Agong sokong kerajaan laksana penjimatan drastik, subsidi bersasar

Astro Awani
Astro Awani
26/02/2024
03:59 MYT
YDP Agong sokong kerajaan laksana penjimatan drastik, subsidi bersasar
Sultan Ibrahim bertitah, baginda kecewa apabila dimaklumkan kerajaan sedang menanggung beban hutang yang semakin besar selepas berada dalam kedudukan defisit fiskal sejak 1998. -BERNAMA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menyokong usaha kerajaan mengambil langkah penjimatan drastik dan melaksanakan pemberian subsidi bersasar.
Sultan Ibrahim bertitah, baginda kecewa apabila dimaklumkan kerajaan sedang menanggung beban hutang yang semakin besar selepas berada dalam kedudukan defisit fiskal sejak 1998.
Malah, baginda turut mempersoalkan jika bebanan hutang itu yang mahu ditinggalkan pentadbiran negara kepada generasi muda kelak.
"Kerajaan sukar melaksanakan projek pembangunan baharu atau memberi suntikan kewangan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi susulan keadaan kewangan yang lemah ini.
"Dalam pada itu, dasar baharu perlu terus diperkenal bagi melengkapi dasar nasional lain, seiring pendekatan negara lebih menyeluruh.
"Antaranya pengenalan kepada Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 yang juga inisiatif pembaharuan fiskal bagi meningkatkan tatakelola, kebertanggungjawaban dan ketelusan dan pengurusan kewangan awam," titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, pada Isnin.
Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
#ekonomi
#penjimatan
#subsidi bersasar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan