Universiti awam tidak dibenar menaikkan yuran pengajian bagi pelajar prasiswazah meskipun peruntukan kepada sektor pendidikan tinggi berkurangan dalam Bajet 2016.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata pengurangan peruntukan sebanyak RM2.4 bilion untuk kementeriannya tidak sepatutnya dijadikan alasan oleh universiti untuk menaikkan yuran pengajian.
"Sebanyak 90 peratus universiti awam masih bergantung kepada peruntukan kerajaan.
"Universiti itu seharusnya menjana pendapatan dengan menggunakan aset yang dimilikinya," kata Idris kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat International Education Task Force (IETF) di sini, hari ini.
Idris berkata tindakan mengurangkan kebergantungan universiti awam terhadap kerajaan selaras dengan hasrat yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pengajian Tinggi) (PPPM (PT)).
Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat Jumaat lepas memperuntukkan RM13.378 bilion untuk Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu lima peratus daripada keseluruhan belanjawan berbanding RM15.785 bilion dalam Bajet 2015.
Sementara itu, KPT hari ini menubuhkan IETF, yang bermesyuarat buat pertama kalinya bagi menambah baik pengurusan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Idris berkata IETF akan berfungsi untuk menasihati KPT dalam hal-hal berkaitan pendidikan antarabangsa sekaligus meningkatkan keupayaan dan pengiktirafan pendidikan tinggi Malaysia dengan mengembleng kepakaran dan pengalaman ahli antarabangsa.
"Dalam mesyuarat tadi, KPT membincangkan dan meluluskan beberapa isu seperti membenarkan permohonan pas pelajar antarabangsa dibuat oleh pelajar sendiri, memperkenalkan pengeluaran e-Visa Approval Letter (VAL) dan e-Visa With Reference (VWR).
"Memberikan pengecualian untuk Visa Masuk setelah kelulusan visa dikeluarkan, menyediakan kaunter atau laluan khas untuk pelajar antarabangsa melalui International Student Arrival Centre (ISAC), pengeluaran pas pelajar untuk tempoh pembelajaran dan memberi kelonggaran untuk pelajar bekerja (sambilan)," tambah beliau.
Mengulas lanjut, beliau berkata KPT juga telah menyelesaikan tiga isu yang melibatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu pelaksanaan perjanjian persefahaman membabitkan visa pelajar Malaysia dan Indonesia di mana pelajar dari kedua-dua negara itu diberikan visa dua tahun, KDN meluluskan Pas Tanggungan kepada pelajar yang mempunyai lebih daripada seorang isteri dan penggunaan pas lawatan sosial bagi program mobiliti yang dilaksanakan kurang dari tiga bulan.
Ahli-ahli IETF termasuk Ketua Setiausaha KDN, Kementerian Luar Negeri (KLN) serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan selain wakil Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia, institusi pengajian tinggi, Malaysian Association of Private Colleges & Universities (MAPCU), National Association of Private Educational Institutions (NAPEI), Persatuan Kebangsaan Institusi Pengajian Tinggi Swasta Bumiputera Malaysia (PKIBI) serta universiti awam dan swasta.
Bernama
Mon Oct 26 2015
IDRIS: Pengurangan peruntukan sebanyak RM2.4 bilion untuk kementeriannya tidak sepatutnya dijadikan alasan oleh universiti untuk menaikkan yuran pengajian.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kadar caruman kembali pada 11% berkuat kuasa Januari 2018 - KWSP
Kadar caruman pekerja yang sebelum ini diturunkan kepada lapan peratus akan kembali ke kadar asal iaitu 11 peratus bagi pekerja yang belum mencecah usia 60 tahun berkuat kuasa Januari 2018.
Tiada lanjutan tempoh tawaran kurangan penalti, hapus kenaikan cukai 15 Dis
Pembayar cukai di negara ini dinasihatkan supaya segera memanfaatkan 'Program Tawaran Pengurangan Penalti dan Penghapusan Kenaikan Cukai' sebelum tempoh permohonan program berkenaan tamat pada 15 Dis.
Kerjasama kerajaan negeri, syarikat swasta bantu belia miliki rumah - Najib
Kerajaan negeri digalak menyediakan tanah dengan nilai premium yang rendah dalam usaha membantu merealiasikan impian golongan muda memiliki rumah pada harga mampu milik.
Tidak perlu pengubahsuaian bajet lagi buat masa ini, kata Najib
Tidak ada keperluan bagi pengubahsuaian seterusnya Bajet 2016 buat masa ini kerana harga minyak mentah dijangka stabil sekitar US$30-US$40 setong, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anda pelabur? Ini 3 penerangan ringkas pasaran saham pada dagangan Rabu
Di sebalik saham sektor perbankan sekitar Asia, Eropah dan Amerika Syarikat menyaksikan kejatuhan, saham perbankan tempatan dijangka kekal berdaya tahan.
CUEPACS lega, tiada pekerja diberhentikan
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam Malaysia, CUEPACS hari ini melahirkan rasa syukur dengan pengumuman Perdana Menteri.
Teks ucapan penuh Perdana Menteri tentang Pengubahsuaian Bajet 2016
Berikut adalah teks penuh ucapan khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang Pengubahsuaian Bajet 2016.
Pengubahsuaian Bajet 2016: Jaminan pendidikan tidak akan terjejas
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak antaranya menyentuh tentang program biasiswa, program khas kejuruteraan dan program lepasan Bursary.
11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016, di PICC, Putrajaya hari ini.
CUEPACS nafi berlaku pemotongan elaun penjawat awam
CUEPACS menafikan akan berlakunya pemotongan elaun kepada 220,000 kakitangan awam dan kumpulan profesional menjelang pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 pada Khamis ini.