PUTRAJAYA: Yusuf Islam, pemuzik dari Britain yang dahulunya dikenali sebagai Cat Stevens, merancang untuk menubuhkan sebuah pertubuhan amal, Peace Train di Malaysia, tidak lama lagi.
Penyanyi dan penulis lagu itu memberitahu Bernama bahawa beliau memilih Malaysia sebagai cawangan bagi menubuhkan Peace Train pertama di luar negara, kerana imej negara ini.
"Peace Train ialah organisasi aktif yang menghantar makanan ke pihak perbandaran, kem pelarian dan kadangkala ke sekolah.
"Di UK (United Kingdom), kami membantu banyak kanak-kanak yang sangat miskin. Ini jenis projek yang kami lakukan, berdasarkan ajaran Nabi Muhammad (saw) untuk memberi makan kepada orang ramai dan menyebarkan keamanan," katanya.
Ditanya sama ada pertubuhan amal itu akan ditubuhkan pada tahun ini?, beliau menjawab: "Ya, jika kita boleh melepasi kerenah birokrasi."
Yusuf berkata beliau telah menyampaikan rancangan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Beliau (Anwar) sangat mengalu-alukan. Beliau sedang menunggu stesen (Peace Train) dibuka," katanya.
Sejak April 2020, Peace Train telah menyediakan hampir empat juta makanan di UK dan di luar negara.
Peace Train ialah lagu ciptaan pada 1971 oleh Cat Stevens yang diambil dari album Teaser and the Firecat.
Lagu itu melonjak naik ke No.7 carta Billboard Hot 100 AS pada minggu 6 Nov 1971, sekali gus ia menjadi lagu terbaik dalam US Top 10 hit.
Penyanyi itu memeluk Islam pada 23 Dis 1977, dengan menukar nama kepada Yusuf Islam pada 1978.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2024
Yusuf Islam (kanan) ketika ditemui selepas membuat penampilan istimewa sebagai penceramah jemputan pada majlis Syarahan MADANI di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi. --fotoBERNAMA
Warga Kementerian Komunikasi perlu jalankan tugas cerminkan konsep Malaysia Madani - Fahmi
Warga Kementerian Komunikasi perlu menjalankan tugas dan amanah yang mampu mencerminkan konsep Malaysia Madani.
Keputusan Che'gu Bard kena perintah larangan pada Isnin
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abu Bakar Katar selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada Khamis.
Pengembara 46 negara dibenar guna 'autogate' di pintu masuk negara
Jumlah itu adalah tambahan daripada 10 buah negara yang dibenarkan berbuat demikian pada tahun lepas.
AWANI Ringkas: 10 kes strok haba di Terengganu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM 23 Julai ini
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menetapkan keputusan kes berhubung kematian Allahyarham Zulfarhan membabitkan 18 bekas penuntut itu, pada 23 Julai depan.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh
Situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.
Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.
Kes mahkamah Najib tidak akan selesai dalam masa terdekat - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
MFLS terajui usaha membina negara bangsa dengan belia berkepimpinan
Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui golongan berkempipinan tinggi, Akademi Kenegeraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
Serangan buaya: Perhilitan Melaka pasang perangkap
Perhilitan Melaka akan menjalankan rondaan berkala dan memasang perangkap susulan kejadian seekor kambing milik penduduk dibaham buaya.
Yusuf Islam bakal wujudkan 'Peace Train' di Malaysia
Beliau memilih Malaysia sebagai cawangan bagi menubuhkan Peace Train pertama di luar negara, kerana imej negara ini.