KUALA LUMPUR: Lebih banyak suara anak muda dari pelbagai segmen didengari, lebih banyak pandangan, perasaan, dan aspirasi mereka dapat difahami.
Itu merupakan aspirasi Astro AWANI sendiri, melalui inisiatif terbaharunya yang dikenali sebagai Youth Xtion Movement (YXM), dalam memastikan idea golongan tersebut, dapat bersama-sama membentuk dasar dan polisi yang lebih efektif untuk pembangunan Malaysia.
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berkata, zaman untuk merangkumkan golongan tersebut sebagai satu, sudah lepas, kerana semua pihak sewajarnya memahami segmen anak muda itu sendiri berbagai-bagai.
“Sebab kita perlu lihat anak muda dah semakin banyak niche atau minatnya, kecenderungannya serta kumpulannya, segmen anak muda itu sendiri. Jadi untuk generalise anak muda ini, menganggap mereka mempunyai satu aspirasi yang sama … itu tidak betul. Kita kena faham apa kehendak mereka berasaskan di mana mereka berada.
“Ada duduk di Kelantan lain perasaan, kemahuan, serta aspirasinya, yang duduk di Johor lain perasaan dan aspirasinya, dan itu kita cuba garap sebanyak mungkin suara anak muda tersebut,” katanya lagi.
Ashwad berkata, kesemua idea dan inspirasi yang digarap dan dijana melalui YXM itu, akan dikongsikan melalui semua platform Astro AWANI iaitu TV, web dan media sosialnya.
Mengulas lanjut, Ashwad berkata, melalui usaha mengetahui kemahuan sebenar anak muda yang pelbagai itu, suara mereka akhirnya dapat dibawa dan diketengahkan dalam setiap proses membuat keputusan, terutamanya dalam menentukan hala tuju masa depan Malaysia.
Beliau berkata, Astro AWANI melalui YXM akan menjelajah seberapa banyak daerah dan pelusuk negeri, melalui wartawan dan warga kerja mereka, dalam usaha mendapatkan seberapa banyak pandangan dan idea anak muda.
“Kita faham anak muda ini ramai, rencam sifatnya - ada yang berada dalam sistem seperti persatuan belia, kepimpinan pelajar, dan sebagainya.
“Yang berada di luar sistem juga tidak kurang ramainya. Mereka sedang meniaga sendiri, berada dalam gig ekonomi, sektor informal. Dan mereka ini juga punyai aspirasi, daya kepimpinan tersendiri, dan juga minat dan kecenderungan, serta ada pandangan mereka yang tersendiri yang harus diambil kira.
"Kita mempunyai peranan tersendiri untuk mendekatkan diri dan mendekatkan suara mereka kepada pembuat dasar, pembuat keputusan secara umumnya,” tegasnya lagi.
Usaha dan aspirasi itu, tambah Ashwad, tidak sekadar terhenti di situ, tetapi akan digerakkan ke satu lagi peringkat, iaitu di peringkat ASEAN melalui kempen #GerakSekarang.
“Melalui #GerakSekarang, kita mempercepatkan proses (mendengari suara dan meningkatkan tahap anak muda) tersebut, dan juga kita ingin menghubungkait atau connect anak muda seperti ini dengan anak-anak muda di seluruh rantau Asean.
“Contoh seorang penjual air jagung di Kuala Selangor, kita juga melihat watak yang lebih kurang sama di Vietnam, di Thailand, di Indonesia sebagai contoh. Pada masa yang sama kita mendekatkan suara warga ASEAN dalam konteks anak muda ASEAN itu secara keseluruhannya,” katanya lagi.
Youth Xtion Movement atau YXM itu, tambah Ashwad lagi, merupakan satu hasrat yang mengandungi aspirasi dan misi yang cukup besar untuk dilakukan.
“Itu yang kita cuba sampaikan, itu kita cuba lakukan, dan yang paling penting mengukuhkan keyakinan sesama anak muda itu sendiri, supaya mereka sedar mereka mampu bersaing, bukan saja dalam negara, tetapi bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Fri Sep 16 2022
Youth Action Movement atau YXM merupakan satu hasrat yang mengandungi aspirasi dan misi yang cukup besar untuk dilakukan. - Gambar hiasan
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
YXM insiatif Astro AWANI tingkatkan martabat anak muda Malaysia dan ASEAN
Youth Action Movement merupakan satu hasrat yang mengandungi aspirasi, misi yang cukup besar untuk dilakukan