Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan dua kes.
Ahmad Zahid, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, diambil keterangan oleh SPRM setelah diarah hadir oleh badan pencegah rasuah berkenaan.
Beliau yang menaiki kenderaan Toyota Vellfire berwarna hitam dan berpakaian batik berwarna jingga tiba pukul 9.50 pagi.
Setibanya Ahmad Zahid di hadapan pejabat badan pencegah itu, beliau terus melambai ke arah pengamal media sambil melemparkan senyuman dan terus memasuki pejabat SPRM tanpa memberi sebarang ulasan.
Difahamkan hanya Anggota Parlimen Bagan Datuk itu akan masuk memberi keterangan kepada pegawai SPRM di bilik soal siasat di bangunan itu hari ini.
Seawal pukul 8.00 pagi, puluhan media tempatan dan antarabangsa berada di perkarangan ibu pejabat SPRM bagi membuat liputan kes yang melibatkan Ahmad Zahid.
Pada 27 Jun lepas, Ahmad Zahid telah dihubungi oleh SPRM meminta beliau hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk dirakam percakapannya mengikut Akta SPRM 2009.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata Ahmad Zahid dikehendaki hadir bagi membantu siasatan membabitkan dua kes tetapi beliau tidak mengulas lanjut dua kes berkenaan.
Semalam, Ahmad Zahid berkata keterangan yang akan diberikan adalah berkenaan kes penyelewengan dana yayasan miliknya.
Ahmad Zahid antara individu penting disiasat SPRM selepas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang telah memberi keterangan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 02 2018
Setibanya Ahmad Zahid di hadapan pejabat badan pencegah itu, beliau terus melambai ke arah pengamal media sambil melemparkan senyuman dan terus memasuki pejabat SPRM tanpa memberi sebarang ulasan. Astro AWANI /SHAHIR OMAR
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa Jabatan Peguam Negara tarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
Rasuah ADUN Sabah: SPRM rakam percakapan 15 individu termasuk pemberi maklumat
SPRM telah merakam percakapan 15 individu, termasuk lapan ADUN Sabah dan seorang pemberi maklumat berhubung video dakwaan skandal rasuah.
Dakwaan salah laku: Siasatan libatkan individu kepimpinan tertinggi BAM - Azam Baki
Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan tidak melibatkan seluruh entiti atau organisasi tersebut.
Op Favish: SPRM sudah lengkapkan siasatan babit Vivy, suami - Azam Baki
SPRM sudah melengkapkan siasatan kes membabitkan pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.
Aliran tunai FashionValet, SPRM rakam percakapan empat lagi individu
SPRM akan merakam percakapan empat lagi individu dalam menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pengasas FashionValet.
Kementerian Pertahanan perkukuh tatakelola pengurusan, pertingkat program integriti
Kementerian Pertahanan menekankan aspek peningkatan prosedur dalam tadbir urus, usaha mencegah penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, dan pematuhan kepada arahan kerajaan yang ditetapkan.
SPRM sedang semak, siasat aliran tunai diterima pasangan pengasas FashionValet - Azam Baki
Azam berkata setakat ini pihaknya telah merekodkan keterangan sembilan saksi termasuk pasangan itu bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.
'Penjawat awam terlibat rasuah masih tinggi' - Azam Baki
Penjawat awam yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dalam rasuah mencecah hampir 50 peratus, menunjukkan negara masih bergelut untuk membanteras rasuah.
Op Favish: Siasatan pasangan Vivy, suami dijangka ambil sedikit masa lagi - Azam Baki
Siasatan terhadap pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dijangka mengambil sedikit masa.
Isu FashionValet: 11 beg tangan, seutas jam tangan mewah disita dari kediaman Vivy, Fadza
SPRM menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan jenama mewah yang dianggarkan bernilai RM200,000 dari kediaman pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Isu FashionValet: Vivy, suami dipercayai akan kembali ke SPRM Khamis
Siasatan ke atas pengasas platform e-dagang fesyen, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, mungkin diteruskan pada Khamis.