Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendoakan agar Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman segera sembuh.

Beliau yang memetik ayat al-Quran iaitu surah al-Baqarah ayat 186 di dalam kenyataannya itu turut mendoakan agar pemimpin negara menjaga kesejahteraan rakyat dan menjaga amanah junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Muhyiddin telah selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan pada pankreas semalam manakala Ahmad Zakiyuddin pula selamat menjalani pembedahan pintasan jantung pada 10 Julai lalu.

“Semoga ALLAH memberi ketabahan dan kekuatan kepada kedua-duanya untuk cepat sembuh seperti sediakala,” katanya.