PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu memantau sebarang hantaran yang cuba menggunakan isu agama, perkauman dengan agenda tertentu, khususnya politik, di negara ini.
Tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dapatan utama kajian Pemantauan Media Sosial Pada PRU15 oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) mendapati sememangnya ada pemimpin politik yang cuba menyentuh isu sensitif itu di media sosial.
"Bagaimana orang-orang politik menggunakan isu agama, perkauman dan masalah yang sangat sempit (seperti) menoleh semula ke belakang harus diselesaikan.
"Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk harus menghormati antara satu sama lain.
"Dapatan kajian CIJ memperlihatkan bahawa isu sempit agama, kaum sengaja dibangkitkan untuk kepentingan politik.
"Malah fatwa pernah dilkeuarkan oleh seorang pemimpin parti politik untuk mengkafirkan parti politik lain atau mengharapkan apa yang dilakukan oleh ahli-ahli sebuah parti masih tidak ditarik balik," jelasnya.
Tambah Ahmad Zahid, ia menunjukkan perpecahan yang cuba dilakukan oleh parti politik berkenaan perlu dihentikan.
"Ini menunjukkan perpecahan di antara pengikut parti berbeza, tapi menganut agama sama jangan harus dizinkan.
"Saya harap KKD melalui MCMC harus memantau posting-posting dan juga tulisan yang menjurus ke arah itu.
"Kita harus bersama sama biarpun kita berbeda parti politik tapi dalam pembangunan sebuah negara bangsa, menghormati antara satu bangsa sama lain kita mesti bersama," katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas sesi libat urus program Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Pra Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) bersama masyarakat di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di sini pada Rabu.
Terdahulu, kajian dapatan CIJ dengan kerjasama Universiti Nottingham Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendapati naratif kaum, agama yang menyinggung perasaan dan diskriminasi dicetuskaan ahli politik menguasai platform media sosial di negara ini ketika PRU-15 lalu.
Fareez Azman
Wed May 31 2023

Ahmad Zahid berkata dapatan kajian CIJ mendapati sememangnya ada pemimpin politik yang cuba menyentuh isu sensitif itu di media sosial. -BERNAMA

China keluar amaran kuning Taufan Koinu
Taufan ke-14 pada tahun ini dijangka membawa angin kencang ke bahagian selatan dan timur negara itu.

GPS komited dengan Kerajaan Perpaduan, mahu suburkan politik berasas pembangunan - Fadillah
Ketidakstabilan politik hanya akan menjauhkan pelabur asing daripada bertapak di negara ini, sekali gus menyukarkan Kerajaan Perpaduan untuk menyuburkan kembali ekonomi negara.
Belanjawan 2024: Ringgit lemah, ubat mahal, siapa tanggung?
Membawakan kupasan mendalam mengenai mata wang lemah, ubat-ubatan yang mahal dan siapa yang harus bertanggungjawab terhadap cabaran ini.

Mindef perkemas perjanjian G2G, pastikan perolehan aset ikut jadual - Adly
Adly menambah Kertas Putih Pertahanan turut menzahirkan iltizam kerajaan untuk ters memperkasakan dasar sains, teknologi dan industri pertahanan dengan menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi.

Program Pencampuran Biodiesel Nasional bantu kurangkan 45 peratus karbon menjelang 2030 - Fadillah
Pelaksanaan Program Pencampuran Biodiesel Nasional oleh bakal menjanjikan impak positif yang substantif kepada persekitaran negara.

Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen Parlimen Kemaman
Keputusan itu dibuat susulan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis mengesahkan terdapat unsur rasuah bagi pilihan raya Parlimen berkenaan.

Gelandangan terperangkap dalam longkang diselamatkan bomba
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa.

Sultan Nazrin berkenan rasmi INSTUN, Balai Cerap Tan Sri Harussani
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Kompleks Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dan Balai Cerap Tan Sri Harussani.

Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan - Gabenor Bank Negara
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan bertunjangkan aktiviti berorientasikan domestik dan disokong keadaan pasaran buruh dan pelaburan menjelang tahun depan.

Empat sekeluarga dikhuatiri hilang ketika bercuti di Pulau Perhentian
Laporan berhubung kehilangan mangsa dibuat pengadu pada Isnin setelah gagal menghubungi mereka sejak 30 September lalu.

JPM, KKD bincang penubuhan pasukan petugas untuk bendung penipuan dalam talian - Fahmi
Fahmi berkata ini adalah antara langkah bagi menghentikan sepenuhnya penipuan komersial yang semakin meningkat susulan kemajuan dalam teknologi digital dan memerangi penipu.

KKD terus perkasa konsep 'Malaysia MADANI' - Teo
KKD menerusi JaPentelah melaksanakan 32 program 'Kita MADANI' dengan penglibatan 27,170 orang serta 2,848 program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) di seluruh negara.

Belanjawan 2024: KKD cadang geran khas permudah penggunaan 5G bagi PMKS
Menterinya Fahmi Fadzil berkata cadangan itu telah diserahkan kepada Kementerian Kewangan.

Semua pihak main peranan semak kesahihan berita, elak salah faham
Fahmi berkata penyebaran maklumat yang berlaku dengan pantas dan tidak diperiksa dengan teliti mampu menimbulkan tohmahan dan fitnah.

Sambutan Hari Malaysia boleh ditonton secara langsung di saluran arus perdana
Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Stadium Perpaduan, pada Sabtu boleh ditonton secara langsung di semua saluran televisyen serta media sosial arus perdana.

KKD teliti keperluan melesen platform TikTok, Meta, Google - Fahmi
KKD sedang meneliti keperluan untuk melesenkan penyedia platform besar seperti Google, Meta, dan TikTok, yang menjana pendapatan menerusi kandungan daripada organisasi media tempatan.

Lawatan kerja KKD ke Korea Selatan berakhir dengan hasil positif
Lawatan rasmi pertama Fahmi Fadzil ke Korea Selatan berakhir dengan optimistik, apabila lebih banyak komitmen pelaburan diperoleh daripada syarikat digital dan telekomunikasi.

KKD berusaha pasang Starlink di kawasan capaian internet lemah
Kementerian Komunikasi dan Digital bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan berusaha melaksanakan pemasangan peranti satelit Starlink di kawasan yang mempunyai capaian Intern

Hari Kebangsaan: Pengunjung disaran guna pengangkutan awam, jaga keselamatan
Pengunjung yang hadir ke sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya pada 31 Ogos ini disaran supaya memanfaatkan pengangkutan awam bagi kelancaran perjalanan ke acara itu.

Inflasi mereda dalam tempoh lapan bulan pentadbiran Kerajaan Perpaduan
Kadar inflasi keseluruhan di Malaysia mereda daripada 4.0 peratus kepada 2.0 peratus, dalam tempoh lapan bulan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.